Friday, 9 June 2023

 

TRAGEDI POMPEII: BALASAN BAGI KAUM YANG MELAMPAU

​Subjek mengenai Pompeii telah lama dan sering kali disebut dan dibahas dalam banyak pentas termasuk blog-blog serta forum-forum di Internet. Namun, tetap timbul kemusykilan tentang apa sebenarnya yang berlaku?

Mengikut para sejarawan dan pengkaji, Pompeii adalah di antara bandar metropolitan yang sangat maju daripada segi peradaban, senibina, budaya dan sosial di Itali. 

Akan tetapi bukti-bukti yang ditemui juga menunjukkan ia sangat mundur daripada segi moral, akhlak dan agama. Masyarakat Pompeii terlampau terbuka dalam mengamalkan cara hidup dan liar mencari kenikmatan hidup luar biasa. Tiada penghalang bagi mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka suka. Semuanya adalah baik bagi mereka meskipun menyalahi norma masyarakat dan fitrah manusia.

Pompeii amat maju, berbudaya sofitikated dan memiliki masyarakat yang dikatakan amat fleksibel. Ini menyebabkan daripada segi moral dan agama, mereka runtuh.

Pompeii musnah sama sekali pada 79AD. Malang bagi Pompeii, bandar super metropolitan ini hilang daripada ingatan dan pengetahuan masyarakat dunia sejak daripada tarikh itu.

Apakah yang berlaku di Pompeii pada 79AD sehingga menyebabkan ianya hilang dari peta dunia?

PERISTIWA PADA 79AD

Gunung Vesuvius berada hanya kira-kira 100 km daripada pusat bandar Pompeii.

Masyarakat Pompeii menganggap Gunung Vesuvius sebagai pelengkap landskap hebat Pompeii.

Tiada seorang pun di antara mereka curiga dengan kelibat Gunung Vesuvius yang bagaikan memerhati gelagat masyarakat Pompeii dalam diam.

Pada 79AD, bagaikan melepaskan kemarahan yang telah lama dipendam, Gunung Vesuvius telah meluahkan bertan-tan debu beracun ke arah Pompeii dan bandar jirannya, Herculenium.

Peristiwa itu menyebabkan masyarakat Pompeii menjadi kelam-kabut.
Hasil arkeologi pada tahun 1748 telah menemui beratus-ratus mayat yang terawet kemas di dalam timbunan debu-debu beracun daripada Gunung Vesuvius.
Pelbagai reaksi akhir dipamerkan…

Malah terdapat mayat yang sedang menunjukkan reaksi bergitu mengerikan termasuk seekor anjing yang terawet seakan-akan mengelupur kesakitan sebelum menemui ajal.

Anjing itu tidak sempat dibukakan ikatan, berkemungkinan kerana tuannya terlampau tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri.

PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN
Apa yang mengejutkan ialah penemuan yang amat banyak pasangan mayat yang terawet sedang melakukan aksi-aksi persetubuhan.

Dalam satu penemuan lain, ahli arkeologi menemui pula banyak posisi mayat dalam persetubuhan luar tabii seperti LGBT dan seks dengan haiwan (yang ni tak payah bagi gambar la yer).

Ini membangkitkan kisah misteri di sebalik tragedi 79AD.

Masakan tidak! Tragedi ini adalah mirip tragedi yang berlaku pada kaum Nabi Luth as. di Sodom dan Gomorroh serta kaum-kaum lain yang dihapuskan Allah swt seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.

Sangat aneh dan takjub. Itulah sahaja ungkapan yang sesuai untuk digambarkan.

Dalam firman Allah SWT;
“Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorang pun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu. (Surah Maryam ayat 98)

Selain mayat-mayat yang terawet, bangunan-bangunan di Pompeii seperti dipelihara kemas seolah-olah mahu ditunjukkan pada kita apa yang berlaku di situ. Allah SWT Maha Mengetahui.
Allah telah membiarkan ia terpelihara bagi merakamkan kehidupan sebenar di Pompeii pada ketika itu.

Penemuan ahli arkeologi mengenai ukiran mozek berunsur erotik dan prostitusi telah membuatkan ramai cendekiawan agama terpaku seketika.

Beginilah agaknya harga sebuah kemodenan.

Bayangkan bagaimana murkanya Allah swt kepada masyarakat Pompeii.
Mereka telah melampaui terlalu banyak batas norma masyarakat malah tidak keterlaluan kalau dikatakan mereka telah melepasi jauh tahap kejahilan masyarakat Luth.

DI TURUNKAN SEORANG RASUL DI POMPEII?

Rasul ditugaskan Allah swt untuk memandu manusia ke jalan yang lurus untuk menyembah Allah yang Esa.
Rasul diutuskan di setiap umat seperti mana firman Allah swt yang bermaksud,

“Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.” (Surah Yunus 10 : 47)

Rasullulah SAW adalah rasul terakhir iaitu penutup bagi segala rasul dan nabi.
Rasullah saw adalah Rasul yang diutuskan Allah swt ke atas kaum Arab Quraisy dan seluruh umat manusia.

Menurut Rasullulah saw, bilangan nabi sebelum diutuskan baginda adalah 124,000 orang dan bilangan rasul adalah 312 orang. Namun, bilangan yang wajib kita imani adalah sebanyak 25 orang sahaja kerana nama mereka jelas disebutkan di dalam Al Quran.

MAKA SIAPAKAH RASUL DI POMPEII?

Pompeii dikatakan musnah dalam masa hanya satu malam… ya, dalam satu malam sahaja.

Kelaziman yang berlaku sebelum satu-satu azab menimpa umat manusia, pemberi peringatan akan diutuskan oleh Allah swt untuk memberi amaran. Dan azab yang berlaku biasanya hanya satu malam sahaja atau dalam waktu yang singkat sahaja tetapi sangat dahsyat.

Ini terjadi kepada peristiwa Nabi Luth as. dan kaumnya, Nabi Saleh as. dan kaumnya serta beberapa Rasul lain.
Mustahil tiada seorang Rasul atau pemberi peringatan dihantar ke Pompeii untuk membetulkan akidah mereka yang telah jauh tersesat itu. Sangat-sangat mustahil!

Jika bukan daripada kaum mereka sendiri dilantik menjadi Rasul, mesti terdapat Rasul daripada kaum lain yang dilantik menjadi wakil Allah swt ke sana.

Ini pernah terjadi kepada Nabi Yunus as. ke Nineveh, Iraq di mana Nabi Yunus as. adalah seorang Nabi daripada bangsa Israel dan untuk kawasan Israel.

Begitu juga yang terjadi kepada Nabi Musa as. yang diutuskan kepada Bangsa Mesir Purba.

Inilah persoalan terhebat yang ingin dirungkaikan. Siapakah nabi atau utusan Allah swt ke Pompeii untuk memberi peringatan?

Oleh kerana waktu terjadinya letupan Vesuvius adalah 79AD, amatlah mudah untuk mengatakan bahawa utusan Allah pada masa itu kemungkinan besar adalah para Hawari (disciples) Nabi Isa as.

Hawari Nabi Isa as. yang diketahui adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada Peter, James, Yohannes, Andreas, Philip, Bartholomew, Matius, Toma, James, Thaddeus Lebbaeus, Simon the Zeolot dan Yahuda.

Walaubagaimanapun, ramai antara Hawari Nabi Isa telah wafat sebelum 79AD kerana dibunuh dan disalib oleh orang kafir laknatullah.

Berikut adalah tarikh-tarikh para hawari wafat dan cara mereka wafat:

i) Peter (Simon Peter), disalib secara terbalik di Rom pada 64AD.

ii) James, anak lelaki Zebedee dipancung pada 44AD, paling awal meninggal dunia

iii) Yohannes (John), anak lelaki Zebedee, adik kepada James. Dipercayai meninggal dunia di Ephesus dalam 89AD hingga 120AD kerana sebab semulajadi. Beliau adalah hawari Nabi Isa as yang paling lama hidup.

iv) Andreas (Andrew), abang kepada Peter, disalib secara bentuk X di Petras, Greece. Tarikh beliau meninggal tidak dapat dikenalpasti.

v) Philip, disalib pada 54AD di Hierapolis.

vi) Bartholomew (Nathaniel),di lapah hidup-hidup dan kemudian disalib. Dipercayai meninggal di Derbend dekat Caspian Sea pada usia 71tahun.

vii) Matius dibunuh di Ethiopia pada 60AD

viii) Toma dibunuh dengan lembing di Mylapore, Madras, India pada 72 AD.

ix) James, son of Alphaeus, dibelasah hingga meninggal dengan menggunakan batu dan kemudian disalib.

x) Thaddeus Lebbaeus(Jude),disalib kemungkinan samada di Armenia, Syria and Persia dan dikebumikan di Kara Kalisa, Iran. Tarikh tidak diketahui.

xi) Simon the Zealot,disalib pada 74AD.

xii) Yahuda (Judas Iscariot), Judas adalah watak kontroversi dalam agama Islam dan Kristian.

Islam mempercayai beliau digantikan dengan Nabi Isa as. semasa disalib dan Kristian mempercayai bahawa beliau mengantungkan diri sendiri selepas mengkhianati Nabi Isa as.

Mengikut statistik tersebut, hanya seorang calon yang sesuai untuk dikaitkan dengan Pompeii.
Ia tidak lain dan tidak bukan adalah Yohannes ataupun John.

Yohannes dikenali sebagai hawari yang menyebarkan ajaran Isa as ke wilayah di sekitar Itali, Sepanyol dan Greece.
Maka tidak mustahil bahawa beliau sempat singgah di Pompeii dan berdakwah ke sana.

Namun, bukan sahaja tidak dihiraukan, malah disingkirkan keluar daripada masyarakat mereka.

Setelah itulah seksaan Allah tiba pada masyarakat Pompeii iaitu pada suatu malam 79AD.

Allahu’alam…


👉 https://vk.com/wall-178135039_29636



No comments:

Post a Comment

  Trump told Netanyahu he wants Gaza war over by time he enters office — sources Republican nominee has repeatedly called for Israel to end ...