Sunday, 18 June 2023

 KELEBIHAN 10 HARI TERAWAL BULAN DZULHIJJAH,HARI TARWIYAH DAN HARI ARAFAH…


Sepuluh Hari Pertama Di Bulan Dzulhijjah Merupakan Antara Hari Yang Amat Digalakkan Untuk Memperbanyakkan Amalan Dalam Islam.Marilah Kita Menyambut Bulan Ini Dengan Meriah Dan Memperbanyakkan Ibadah.


1 Zulhijjah = Selasa,20 Jun 2023
2 Zulhijjah = Rabu,21 Jun 2023
3 Zulhijjah = Khamis,22 Jun 2023
4 Zulhijjah = Jumaat,23 Jun  2023
5 Zulhijjah = Sabtu,24 Jun  2023
6 Zulhijjah = Ahad,25 Jun 2023
7 Zulhijjah = Isnin,26 Jun2023
8 Zulhijjah = Selasa,27 Jun 2023 (Hari Tarwiyah)
9 Zulhijjah = Rabu,28 Jun 2023 (Hari Arafah)


HARAM BERPUASA ;

HARI RAYA HAJI.

10 Zulhijjah = Khamis,29 Jun 2023

HARI TASYRIK.
11 Zulhijjah =  Jumaat,30 Jun 2023
12 Zulhijjah =  Sabtu,01 Julai 2023
13 Zulhijjah =  Ahad,02 Julai 2023


Puasa Sunat @ Bulan Dzulhijjah.

1️⃣-7️⃣ Zulhijjah = Hari Selasa,20 Jun 2023 Hingga Isnin,26 Jun 2023


PUASA SUNAT HARI TARWIYAH.

8️⃣ Zulhijjah = Selasac27 Jun 2023


PUASA SUNAT HARI ARAFAH.

9️⃣ Zulhijjah = Rabu,28 Jun 2023


 HARI RAYA AIDUL ADHA.

🔟 Zulhijjah = Khamis,29 Jun 2023


(1) Lafaz Niat Puasa Sunat Bulan Zulhijjah.

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

‎نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Bismillahirohmanirrohim, 

“Nawaitu sawmashari dziilhijati sannata lillahi ta’aala”…
(Saya niat puasa sunah bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala)


(2) Niat Puasa Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah)

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

‎نويت صوم التروية سنة لله تعالى

Bismillahirohmanirrohim, 

“Nawaitu shauma al tarwiyata sunnatan lillahi ta’ala”…

(Saya berniat puasa tarwiyah,sunat kerana Allah Ta’ala)


(3) Niat Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

‎نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى

“Nawaitu Shauma Arafata Sunnatan Lillahi Ta’ala”

(Saya berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala


Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : - “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.”

– Hadis Riwayat Muslim


Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah.Maka Baginda bersabda:

“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”

– Hadith Riwayat Imam Muslim


Rasulullah SAW juga bersabda:

“Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”


Kelebihan Hari Arafah

Rasulullah SAW. bersabda lagi:

“Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”.

Digalakkan juga berdoa kerana Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”


NOTA:

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

“Sesungguhnya Rasulullah  ﷺ melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.”

(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).


Sumber: JAKIM



No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...