Wednesday, 14 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 26 Zulkaedah 1444H☆


وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ


Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah Haji” [Surah al-Hajj 27]


#Bicara kali ini berkaitan haji bagi perempuan haid.


#Pada asasnya, perempuan haid dibolehkan untuk melaksanakan perbuatan-perbuatan haji selain daripada melakukan tawaf di Baitullah. 


#Hal ini berdasarkan kepada riwayat al-Qasim bin Muhammad yang mengatakan bahawa beliau mendengar Sayidatina Aisyah r.ha berkata:


خَرَجْنَا لاَ نَرَى إِلَّا الحَجَّ، فَلَمَّا كُنَّا بِسَرِفَ حِضْتُ، فَدَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا أَبْكِي، قَالَ: «مَا لَكِ أَنُفِسْتِ؟ قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: إِنَّ هَذَا أَمْرٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ، فَاقْضِي مَا يَقْضِي الحَاجُّ، غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوفِي بِالْبَيْتِ


Kami keluar tanpa memikirkan kecuali untuk mengerjakan haji. Apabila kami berada di Sarif, aku kedatangan haid. Rasulullah saw masuk menemuiku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya: “Kenapa dengan kamu, adakah kamu telah kedatangan haid?” Aku menjawab: “Ya.” Nabi saw bersabda: “Ini adalah suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah kepada wanita-wanita dalam kalangan anak-anak Adam. Lakukan sepertimana orang-orang haji tunaikan, cuma kamu jangan bertawaf di Baitullah" (HR al-Bukhari)


#Dalam riwayat yang lain, Nabi saw bersabda kepada Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah r.ha:


افْعَلِي كَمَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لَا تَطُوفِي بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِي


“Kamu lakukanlah sebagaimana yang dilaksanakan oleh orang-orang yang mengerjakan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu suci" (HR al-Bukhari)


#Berkata Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani: "Hadis diatas menunjukkan larangan perempuan haid melakukan tawaf sehingga darahnya terhenti dan melakukan mandi wajib. Hal ini kerana suatu larangan dalam melakukan perkara ibadat menunjukkan rosaknya ibadat yang dilakukan itu. Dalam erti kata lain, tawaf dilakukan oleh perempuan haid terbatal".


#Manakala Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa haid itu tidak menghalang sedikit pun manasik haji (perbuatan-perbuatan) haji melainkan tawaf di Baitullah dan solat selepasnya. Adapun selain daripada itu seperti zikir dan berdoa, maka perempuan yang dalam keadaan haid tidak dihalang daripada melakukannya. Termasuklah juga dalam perkara tersebut, berwukuf di ‘Arafah dan Muzdalifah, melontar jamrah, dan berdoa kepadaNya di tempat-tempat ini. Bahkan semua perkara ini, disepakati akan keharusan mengerjakannya. (Lihat: Fathul Bari)


♡Bagi perempuan haid, janganlah rungsing dengan ketetapan Allah swt tersebut. Lakukanlah amal ibadah dan manasik haji yang dibolehkan serta bersabar sehingga haid kering untuk pelaksanaan ibadah selepasnya. Selamat menunaikan haji, moga beroleh haji yang mabrur!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...