Tuesday, 20 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 2 Zulhijjah 1444H☆


وَلَيَالٍ عَشْرٍ


“Dan demi malam yang sepuluh” [Surah al-Fajr 2]


#Sambung bicara berkaitan keistimewaan dan kemuliaan Zulhijjah.


#Sebahagian ulamak mengatakan bahawa amalan pada setiap hari di awal Zulhijjah sama dengan amalan satu tahun. Bahkan ada yang mengatakan sama dengan 1000 hari, sedangkan hari Arafah sama dengan 10,000 hari. Keutamaan ini semua berlandaskan pada riwayat fadha’il yang lemah (dhaif). 


#Namun hal ini tetap menunjukkan keutamaan beramal pada awal Zulhijjah berdasarkan hadis sahih seperti hadis yang diriwayatkan Sayidina Ibnu ‘Abbas r.huma.


#Mujahid mengatakan: “Amalan di sepuluh hari pada awal bulan Zulhijjah akan dilipat gandakan"


#Maka perbanyakkanlah amalan soleh dengan memperbanyakkan bertakbir, bertahlil, bertasbih, bertahmid, beristighfar, dan memperbanyak doa. 


#Imam al-Bukhari rahimahullah menyebutkan: 


وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، وَالأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا . وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ .


Ibnu ‘Abbas berkata:  "Berzikirlah kalian pada Allah di hari-hari yang ditentukan iaitu 10  hari pertama Zulhijjah dan juga pada hari-hari tasyriq. Sayidina Ibnu Umar r.a dan Sayidina Abu Hurairah r.a pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin Ali pun bertakbir setelah solat sunnah.


#Perlu diketahui bahawa takbir itu ada dua jenis, iaitu takbir muthlak (tanpa dikaitkan dengan waktu tertentu) dan takbir muqayyad (dikaitkan dengan waktu tertentu).


#Takbir yang dimaksudkan dalam penjelasan di atas adalah sifatnya muthlak, iaitu tidak dikaitkan pada waktu dan tempat tertentu. Jadi boleh dilakukan di pasar, masjid, dan saat berjalan. Takbir tersebut dilakukan dengan mengeraskan suara khusus bagi lelaki.


♡Jom gandakan amal soleh disepanjang Zulhijjah ini♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  Skull & Bones (Death Cult) Look at this psychotic evil retard. This maniac needs to be put in the dirt. MORE and MORE, and MOOORE MOOO...