Saturday, 17 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 29 Zulkaedah 1444H☆


وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا


Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya [Surah Aali-Imran 97]


#Bagi duyufur rahman yang menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah haji, mereka akan memperolehi beberapa kelebihan berbanding mereka yang tidak menunaikannya. Antaranya ialah:


1. Ganjaran pahala yang lumayan bagi mereka yang solat di Masjidil Haram iaitu seratus ribu kali ganda berbanding di tempat lain. Manakala solat di Masjid Nabawi diberi ganjaran seribu kali ganda. 


#Ganjaran ini sebagaimana riwayat daripada Sayidina Abdullah bin Zubair r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:


صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ


Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan Masjidil Haram. Dan solat di Masjidil Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain (HR Ahmad)


2. Orang yang mengerjakan haji di Tanah Suci merupakan tetamu agung kepada Allah swt dan mendapat kemuliaan daripadaNya. 


#Hal ini sebagaimana riwayat daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:


الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ، وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ، وَإِنِ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ


Orang-orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah swt. Sekiranya mereka berdoa kepadaNya nescaya Allah swt perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunanNya, nescaya Allah swt ampunkan mereka” (HR Ibn Majah)


3. Mendapat ganjaran haji yang mabrur. Orang yang menunaikan ibadah haji dan umrah dengan penuh ketaqwaan dan kesempurnaan akan mendapat haji yang mabrur.


#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:


العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةُ


Diantara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya, dan Haji Mabrur tidak ada ganjarannya melainkan syurga" (HR al-Bukhari dan Muslim)


4. Ibadah haji antara amalan terbaik. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullullah saw pernah ditanya tentang amalan apa yang paling utama?. Baginda saw menjawab: Iman kepada Allah dan RasulNya. Kemudian baginda saw ditanya lagi: Setelah itu apa lagi?. Baginda saw menjawab: Jihad fi Sabilillah. Kemudian baginda ditanya lagi: Lalu apa lagi? Baginda saw menjawab: "Haji mabrur" (HR al-Bukhari dan Muslim)


♡Oleh itu, tanamkanlah niat untuk mengambil peluang menjana pahala ini. Berusahalah untuk menjadi tetamu Allah swt walaupun perjalanannya agak sukar dan perlahan. Tiada yang mustahil dariNya. Bagi mereka yang berpeluang menunaikan ibadah haji, ini adalah masa terbaik untuk mengaut semua keuntungan yang dijanjikan oleh Allah swt♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  SUNDAY REVIEW Five events that have already happened 1. First on the list, of course, is the firing of the ‘Oreshnik,' Russia's...