Thursday, 15 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 27 Zulkaedah 1444H☆


وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ


Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah Haji” [Surah al-Hajj 27]


#Bicara kali ini berkaitan ibadah haji bagi kanak-kanak.


#Haji adalah suatu ibadah fardhu yang wajib dikerjakan sekali seumur hidup dan hanya diwajibkan kepada mereka yang sudah mencapai umur baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Walau bagaimanapun, di dalam isu ini juga, secara umumnya kanak-kanak adalah tidak ditaklifkan untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Ini disebabkan dia (kanak-kanak) tidak dianggap mukallaf, dan tuntutan syara‘ hanya berlaku atas orang yang baligh. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji)


#Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah: "Ketahuilah bahawa kanak-kanak tidak diwajibkan untuk menunaikan haji, tetapi apabila mereka menunaikannya, sah hajinya".


#Oleh itu, bagi pihak wali atau ibu bapa yang melakukan ibadah haji bagi mewakili seseorang kanak-kanak, maka perbuatan tersebut diberi ganjaran pahala sepertimana yang telah disabdakan oleh Nabi saw.


#Daripada Ibn Abbas r.huma, Rasulullah saw bersabda:


رَفَعَتْ امْرَأَةٌ صَبِيًّا لَهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلِهَذَا حَجٌّ، قَالَ: نَعَمْ، وَلَكِ أَجْرٌ


“Seseorang perempuan telah menunjuk anak lelakinya kepada Rasulullah saw serta berkata: Wahai rasulullah, adakah bagi anak ini haji?” Jawab Rasulullah saw: “Ya, dan bagi kamu (ibu) pahala (HR Muslim)


#Namun begitu, ibadah tersebut dikira sebagai ibadah sunat dan wajib ke atasnya untuk melaksanakan haji fardhu apabila dia sudah baligh nanti.


#Berkata Imam Ibnu Qudamah juga telah mensyarahkan perkara ini di dalam kitabnya: Ibn Munzir berkata:  Para ulamak telah bersepakat, bahawa kanak-kanak yang sudah menunaikan haji ketika masih kecil kemudian kanak-kanak tersebut sudah dewasa atau telah dimerdekakan maka wajib bagi mereka untuk menunaikan haji apabila mereka sudah memiliki kemampuan (Lihat: al-Mughni)


♡Kanak-kanak masih belum ditaklifkan untuk melaksanakan ibadah haji. Namun begitu, jika mereka melaksanakan ibadah tersebut masih diterima dan dikira sah di sisi Allah swt. Pun begitu, kanak-kanak tersebut perlu mengulanginya semula ibadah haji tersebut kerana ibadah haji yang dilakukan ketika usia kanak-kanak tidak menggugurkan kefarduan haji ke atas dirinya semasa dia telah dewasa nanti♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...