Monday, 12 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 23 Zulkaedah 1444H☆


وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ


Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah Haji” [Surah al-Hajj 27]


#Perlaksanaan ibadah haji perlu disertai dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt demi mencari keredhaan dan syurgaNya. 


#Firman Allah swt: 


وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ


“Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah..” [Surah al-Baqarah 196]


#Niat seseorang penting bagi menilai setiap perbuatannya serta tujuan sesuatu amalan. 


#Sayidina Umar bin al-Khattab r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Nabi saw bersabda: 


إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى


Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat. Setiap orang akan dinilai berdasarkan niatnya" (HR Muslim) 


#Oleh itu jemaah haji perlu sentiasa berhati-hati agar setiap perkara yang dilakukan terhindar daripada sebarang unsur riyak, sombong, bangga dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Hal ini menyebabkan ibadah haji rosak dan cacat serta jauh daripada rahmat dan keredhaan Ilahi.


#Rasulullah saw bersabda:


إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً


"Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya:  Apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil wahai Rasulullah? Nabi saw bersabda: "Itulah riyak! Allah swt akan berfirman pada hari kiamat kelak: Pergilah kepada orang yang telah kamu tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah ganjaran itu ada di sisi mereka? (dengan sebab amalan kamu)” (HR Imam Ahmad)


#Perbuatan yang diniatkan hanya untuk tujuan duniawi mahupun menunjuk-nunjuk tidak mendatang sebarang faedah dan dikhuatiri terjebak dalam syirik kecil. Niat dapat membezakan antara amalan ibadah dan adat selain menentukan sesuatu amalan itu diterima atau ditolak oleh Allah swt.


♡Betulkan niat, bersihkan niat dan baiki niat agar benar-benar ikhlas dan semua amalan dilakukan demi memburu keredhaan Allah swt semata-mata. Jaga hati daripada niat yang terpesong dan kerana dunia!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...