Friday, 16 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 28 Zulkaedah 1444H☆


وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا


Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya [Surah Aali-Imran 97]


#Berkata Syeikh al-Maraghi rahimahullah: “Ibadah haji ini diwajibkan kepada setiap orang muslim mukallaf yang berkemampuan. Hal ini kerana, perintah haji merupakan satu penghormatan besar kepada Baitullah bermula dari zaman Nabi Ibrahim Alaihissalam sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad saw. Justeru, perlaksanaan ibadah haji dan umrah mampu menjadi mercu tanda dan bukti pengabdian setiap hamba kepada Penciptanya". (Lihat: Tafsir al-Maraghi)


#Ini menunjukkan bahawa ibadah haji dan umrah hanya wajib ke atas orang yang berupaya dan berkemampuan. Seseorang itu dianggap berkemampuan apabila memiliki harta yang mencukupi untuk mengerjakan haji dan umrah.


#Jika seseorang itu mempunyai rumah lebih daripada keperluannya atau memiliki tanah yang banyak namun tidak mempunyai wang tunai untuk membiayai perbelanjaan menunaikan ibadah haji, maka dia wajib menjual rumah atau tanah yang lebih daripada hajatnya untuk perbelanjaan menunaikan fardhu hajinya. 


#Ini kerana haji adalah wajib bagi mereka yang berkemampuan dan telah cukup syarat yang telah ditetapkan.


#Namun, jika dia hanya mempunyai sebuah rumah untuk dia tinggal, tidaklah perlu untuk dijual, maka tidak diwajibkan ke atasnya haji kerana rumah merupakan dharuriyyat (keperluan mendesak) bagi setiap individu untuk berteduh, beristirehat, melindungi diri dan keluarga daripada ancaman bahaya di luar. Akan tetapi, memiliki lebih daripada satu rumah bukanlah keperluan dharurah.


♡Setiap umat Islam mestilah mempunyai keinginan dan keazaman yang berkobar-kobar untuk melangkahkan kaki menjadi duyufur rahman (tetamu Allah) bagi melaksanakan ibadah haji dan umrah. Maka berusahalah untuk mempersiapkan diri dengan ilmu, kewangan yang mencukupi, kesihatan yang baik dan semangat yang berkobar untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  SUNDAY REVIEW Five events that have already happened 1. First on the list, of course, is the firing of the ‘Oreshnik,' Russia's...