Monday, 19 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 1 Zulhijjah 1444H☆


وَلَيَالٍ عَشْرٍ


“Dan demi malam yang sepuluh” [Surah al-Fajr 2]


#Dalam ayat ini, Allah menggunakan kalimah sumpah. Ini menunjukkan keutamaan sesuatu yang disebutkan dalam sumpah. (Lihat: Taisir Karimir Rahman)


#Berkaitan ayat ini, ada empat tafsiran dari para ulamak: 


1. Sepuluh hari pertama bulan Zulhijah

2. Sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan

3. Sepuluh hari pertama bulan Ramadhan

4. Sepuluh hari pertama bulan Muharram. (Lihat: Zaadul Masiir)


#Imam Ibnu Rajab al-Hambali mengatakan bahawa tafsiran yang menyebut sepuluh hari Zulhijah, itulah yang lebih tepat. Pendapat ini dipilih oleh majoriti pakar tafsir dari para salaf dan selain mereka, juga menjadi pendapat Ibnu ‘Abbas (Lihat: Lathaif Al Ma’arif)


#Berkaitan kemuliaan, fadhilat, keistimewaan dan kehebatan bulan Zulhijjah, ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi saw bersabda:


مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ


"Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini- Baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah. "Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?". Baginda bersabda: "Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali lagi" (HR al-Bukhari, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi)


#Imam Ibnu Rajab al-Hambali mengatakan: “Hadis ini menunjukkan bahawa amalan di sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari lainnya dan di sini tidak ada pengecualian. Jika dikatakan bahawa amalan di hari-hari tersebut lebih dicintai oleh Allah, itu menunjukkan bahawa beramal di waktu itu adalah sangat utama di sisiNya"


#Bahkan jika seseorang melakukan amalan yang kurang utama di hari-hari tersebut, maka akan menjadi lebih utama daripada seseorang melakukan amalan yang utama di selain sepuluh hari awal bulan Zulhijjah.


#Di antara amalan yang dianjurkan di awal bulan Zulhijjah adalah amalan puasa.


#Diriwayatkan daripada Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, beberapa isteri Nabi saw mengatakan:


Rasulullah saw biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya” (HR Abu Daud)


#Di antara sahabat yang melakukan puasa selama sembilan hari awal Zulhijjah adalah Ibnu Umar. Ulamak lain seperti al-Hasan al-Bashri, Ibnu Sirin dan Qatadah juga menyebutkan keutamaan berpuasa pada hari-hari tersebut. Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulamak. (Lihat: Lathaif al-Maarif)


♡Jom hidupkan awal Zulhijjah dan seluruh bulan Zulhijjah dengan berpuasa sunat, menunaikan ibadah haji dan umrah, melakukan ibadah korban disamping melazimkan diri dengan amal-amal soleh yang lain♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  SUNDAY REVIEW Five events that have already happened 1. First on the list, of course, is the firing of the ‘Oreshnik,' Russia's...