Wednesday, 21 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 3 Zulhijjah 1444H☆


لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَیۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ 


"Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya" [Surah al-Baqarah 286]


#Allah swt mengurniakan balasan kepada seseorang berdasarkan apa yang ia usahakan.. Jika kebaikan dibalas dengan ganjaran pahala. Jika kejahatan yang diusahakan maka balasannya adalah dosa dan azab. 


#Oleh itu, lakukanlah kebaikan dan jangan sesekali menipu dan melakukan perkara yang boleh mengundang dosa.


#Jom kita hayati kisah teladan ini:


Pada suatu masa dahulu terdapat seorang penjual susu. Dia menjual susu segar yang berkualiti. Ramai pelanggan yang gemar membeli susu yang dijualnya. Pada suatu hari dia terfikir untuk mengaut keuntungan yang lebih banyak. Maka dia mencampurkan susunya dengan air. Dia ke pasar menjual susu seperti biasa. Pelanggan-pelanggannya membeli susunya tanpa syak wasangka. Dia sangat gembira dengan keuntungan yang diraihnya berlipat ganda.


Dalam perjalangan pulang dia rasa terlalu penat. Dia berhenti di bawah sepohon pokok yang besar di tepi sungai untuk berehat. Sedang dia bersandar merehatkan diri pada batang pokok tersebut, seekor kera turun dari pokok dan mengambil uncang yang berisi wang di dalamnya dan terus berlari membawa uncang itu naik ke atas pokok. Dia menjerit-jerit meminta supaya dipulangkan uncangnya. Namun binatang itu tidak menghiraukan jeritannya. Ia membuka uncang lalu dibalingnya duit yang berada di dalamnya satu demi satu secara bergilir. Sekeping ke arah penjual susu, kemudian sekeping lagi ke dalam sungai sehinggalah wang dalam uncang habis. Tiada daya dan upaya si penjual yang malang kecuali mengutip kepingan-kepingan wang yang dibaling oleh kera kepadanya dari atas pokok. Dia menghitung wang yang dikutipnya.


Alangkah terperanjatnya! Setelah dihitungnya, jumlahnya sama dengan yang diperolehi setiap hari dia menjual susu yang tidak dicampur air. Dia tertawa sendiri lantas berkata: “Yang berasal daripada susu kembali kepada susu, yang berasal daripada air kembali kepada air”!


Mulai saat itu dia berazam tidak akan mencampurkan susu jualannya dengan air selama-lamanya. Hal ini telah menginsafkannya kerana Allah dia telah mendapat hasil lumayan daripada usahanya namun dia tidak diizinkan menggunakannya melalui usahanya yang haram.


♡Lakukanlah kebaikan dan ingatlah bahawa setiap apa yang kita lakukan akan dibalas oleh Allah swt samada berupa pahala ataupun dosa♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...