Monday, 12 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 24 Zulkaedah 1444H☆


وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ


Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah Haji” [Surah al-Hajj 27]


#Seorang yang mukallaf wajib untuk menunaikan ibadah haji sekiranya cukup syarat yang mewajibkan haji.


#Menurut pandangan muktamad dalam Mazhab Syafi’e, ibadah haji termasuk dalam kategori wajib muwassa iaitu kewajipan yang mempunyai keluasan waktu untuk mengerjakannya. Dengan maksud, seseorang yang telah memenuhi syarat wajib untuk menunaikan haji, masih lagi tidak diwajibkan secara serta merta untuk menunaikan haji. 


#Berkata Imam al-Nawawi seperti berikut:


إذَا وُجِدَتْ شُرُوطُ وُجُوبِ الْحَجِّ وجب على التَّرَاخِي عَلَى مَا نَصَّ عَلَيْهِ الشَّافِعِيُّ وَاتَّفَقَ عَلَيْهِ الْأَصْحَابُ إلَّا الْمُزَنِيَّ فَقَالَ هُوَ عَلَى الْفَوْرِ فَعَلَى الْمَذْهَبِ يَجُوزُ تَأْخِيرُهُ بَعْدَ سَنَةِ الْإِمْكَانِ مَا لَمْ يَخْشَ الْعَضَبَ..


“Apabila telah mempunyai syarat-syarat wajib haji, wajib ke atasnya secara tidak serta merta (al-tarakhi) sebagaimana yang dinaskan oleh Imam al-Syafi’e dan dipersetujui oleh ashab-nya kecuali al-Muzani yang mengatakan ia wajib secara serta merta. Maka berdasarkan pandangan (muktamad) dalam mazhab, harus menangguhkannya selepas tahun berkemampuan selagi mana dia tidak bimbang kepada halangan.. (Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab)


#Walau bagaimanapun, dari segi keutamaan, bagi sesiapa yang telah sampai kepada tahun berkemampuan menunaikan haji, disunatkan untuk dia tidak memperlewatkan atau menangguhkannya. Ini bagi memastikan dirinya terlepas daripada bebanan tanggungjawab mengerjakan fardhu haji, keluar daripada khilaf ulama yang mewajibkan secara serta merta dan bersegera dalam mengerjakan ketaatan. Namun jika dia melewatkannya dari tahun berkemampuan, tetapi sempat mengerjakannya sebelum meninggal dunia, maka dia tidak berdosa. Ini berdasarkan keadaan Rasulullah saw sendiri yang menangguhkan haji ke tahun 10 Hijrah tanpa sebarang halangan. Akan tetapi, penangguhan tersebut mestilah disertai dengan keazaman yang kuat untuk melaksanakannya pada tahun-tahun akan datang. (Lihat: al-Hajj wa al-’Umrah, Ahkam Fiqhiyyah Sadirah ‘an al-Mazhab al-Syafi’iy wa Baqiyyah al-Mazahib al-Arba’ah)


#Ini menunjukkan bahawa seseorang yang menangguhkan pemergian hajinya ke tahun yang lain tanpa sebarang halangan, tidak sesekali berdosa jika dia berazam untuk pergi pada tahun-tahun lainnya. Apatah lagi jika ia menangguhkan pemergian hajinya ke tahun lain disebabkan keuzuran yang tidak dapat dielakkan seperti wabak penyakit yang melanda seluruh dunia dan keuzuran yang lain.


♡Ibadah haji merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam yang berkemampuan serta berkelayakan. Namun, jika terdapat halangan atau keuzuran atau sengaja memilih untuk dilewatkan maka boleh ditangguhkan. Namun pada masa yang sama berazam untuk menunaikan pada tahun-tahun berikutnya♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...