Wednesday, 14 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 25 Zulkaedah 1444H☆


وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ


Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah Haji” [Surah al-Hajj 27]


#Antara perkara utama berkaitan ibadah haji ialah pastikan harta yang digunakan untuk menunaikan ibadah haji datangnya dari sumber yang halal bukannya dari sumber yang haram.


#Ketahuilah bahawa pelaksanaan ibadah haji bukan hanya sekadar melihat isu SAH semata-mata sebaliknya yang besar dari itu adalah penerimaan dan kemabruran haji yang menjadi tuntutan utama. Ini kerana, dengan kemabruran haji itulah terhasilnya pahala dan perubahan dalam diri serta akhirnya mendapat ganjaran syurga daripada Allah swt. 


#Sabda Nabi saw:


وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ


"Dan haji mabrur itu tidak ada ganjarannya melainkan Syurga" (HR Muslim)


#Dalam perbahasan jumhur ulamak sah haji walaupun ditunaikan menggunakan wang haram. Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah:


"Apabila seseorang melakukan haji dengan harta yang haram atau dia menunggang haiwan tunggangan yang dirampas maka dia mendapat dosa dan hajinya sah di sisi kami. Inilah pendapat yang dipegang oleh Abu Hanifah, Malik, al-Abdari dan majoriti fuqahak. (Lihat: Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi)


#Hujah Imam an-Nawawi adalah, haji merupakan perbuatan-perbuatan yang khusus (rukun dan syarat) dan pengharaman adalah disebabkan perkara yang luar darinya.


#Namun diingatkan, walaupun sah namun tidak diterima hajinya kerana menggunakan wang haram. Berkata as-Syeikh al-Bujairami as-Syafie: 


"Disunatkan juga untuk seseorang yang pergi melakukan haji untuk berusaha memastikan hartanya halal untuk dia belanjakannya di dalam permusafirannya. Sesungguhnya Allah itu thayyib (baik) Dia tidak menerima melainkan sesuatu yang baik juga.


#Terdapat sebuah khabar yang menyebut:


مَنْ حَجَّ بِمَالٍ حَرَامٍ إذَا لَبَّى قِيلَ لَهُ لَا لَبَّيْكَ وَلَا سَعْدَيْكَ وَحَجُّك مَرْدُودٌ عَلَيْك


"Sesiapa yang melakukan haji dengan harta yang haram, apabila dia bertalbiah akan dikatakan kepadanya: “Tidak diterima seruanmu dan tidak ada kebahagiaan buatmu serta hajimu tertolak ke atas dirimu (Lihat: Hasyiah al-Bujairami)


#Ini memahamkan kita bahawa ibadah haji yang dilakukan dengan meraikan segala rukun, syarat-syarat, adab, dan sunat-sunat dalam pelaksanaan manasik haji maka untuk itu hajinya sah di sisi kebanyakan para fuqaha, namun tidak diterima disisi Allah jika menggunakan wang yang haram. 


♡Matlamat utama pelaksanaan ibadah haji ialah penerimaan dan kemabruran ibadah haji tersebut.  Maka, pastikan sumber yang kita bawa dalam perlaksanaan ibadah haji adalah halal 100 peratus tanpa sebarang syak dan ragu-ragu. Semoga Allah menerima haji kita sebagai haji yang mabrur. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...