☆Tadabbur Kalamullah 22 Zulkaedah 1444H☆
وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah Haji” [Surah al-Hajj 27]
#Ibadat haji hukumnya wajib untuk dikerjakan sekali seumur hidup bagi orang yang berkemampuan mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab as-Syafi’e.
#Antara syarat yang mewajibkan seseorang untuk menunaikan haji ialah kemampuan.
#Dalam mazhab Syafi'e, terdapat dua jenis kemampuan:
1. Memiliki kemampuan untuk menunaikan haji dengan diri sendiri.
2. Memiliki kemampuan untuk mengerjakan haji dengan bantuan orang lain.
#Berkaitan isu menggantikan haji yang fardu bagi orang lain (badal haji), ulamak mazhab Syafi’e tidak membenarkan melainkan bagi beberapa golongan:
1. Seorang yang telah meninggal dunia dan memiliki kewajipan haji yang belum ditunaikan.
2. Seorang yang lumpuh dan tidak mampu untuk bergerak.
3. Seorang yang memiliki sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.
#Diingatkan bahawa orang yang mampu untuk mengerjakannya sendiri maka tidak boleh dilakukan badal haji untuknya.
#Berkata Imam as-Syirazi rahimahullah: "Adapun bagi orang yang sihat dan mampu untuk duduk tetap di atas kenderaan maka tidak harus (haram) untuk dia menggantikan orang lain untuk menunaikan haji bagi pihaknya. Hal ini kerana ibadah haji diwajibkan ke atasnya maka tidak boleh kefarduan tersebut berpindah kepada orang lain melainkan pada keadaan yang diberikan rukhsah (keringanan) iaitu ketika dia benar-benar tidak mampu. Adapun keadaan selainnya maka kekal dengan hukum asal iaitu tidak boleh dia menggantikan tempatnya dengan orang lain".
♡Selagi mana seseorang itu mampu untuk melakukan ibadat haji atau umrah dengan sendirinya maka tidak boleh untuk orang lain menggantikan tempatnya. Wallahua'lam♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment