Friday, 9 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 21 Zulkaedah 1444H☆


وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ


Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah Haji” [Surah al-Hajj 27]


#Antara yang perlu difokuskan oleh jemaah haji ialah agar ibadah haji diterima oleh Allah swt iaitu beroleh haji yang mabrur.


#Hal ini kerana sesiapa yang beroleh haji yang mabrur maka melayakkan dia memperoleh ganjaran syurga yang teristimewa.


#Rasulullah saw bersabda:


وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةُ


"Haji mabrur tiada ganjaran baginya melainkan Syurga" (HR al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)


#Imam an-Nawawi menjelaskan bahawa maksud ‘tiada ganjaran baginya melainkan Syurga’ ialah seseorang yang mendapat haji yang mabrur bukan sahaja dosa-dosanya akan diampun, bahkan dia pasti akan dimasukkan ke dalam Syurga kelak.


#Disebutkan juga dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah saw bersabda:


مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّهُ


"Sesiapa yang menunaikan haji dalam keadaan dia tidak bercakap perkataan yang buruk dan keji serta tidak melakukan perkara yang fasiq, maka dia akan kembali sepertimana dia dilahirkan ibunya (iaitu dalam keadaan suci daripada dosa)" (HR al-Bukhari)


#Menurut Syeikh Nuruddin as-Sindi: "Maksud ‘kembali sepertimana dia dilahirkan ibunya’ di dalam hadis ialah keadaan tanpa sebarang dosa, iaitu diampunkan semua dosa-dosanya termasuk dosa besar, dosa kecil dan dosa yang melibatkan hak-hak manusia.


#Dalam fatwa Imam Ibn Hajar al-Haitami menyebutkan: "Balasan haji mabrur itu menghapuskan dosa-dosa selain hak-hak manusia. Selain itu, ia juga tidak menafikan kewajipan bertaubat ke atas seseorang" (Lihat: al-Fatawa al-Fiqhiah al-Kubra)


♡Haji mabrur hanya diketahui statusnya oleh Allah swt sahaja meskipun kita dapat mengetahui tanda-tandanya. Seseorang tidak tahu secara pasti sama ada dia mendapat haji mabrur ataupun tidak. Oleh itu, tidak sepatutnya seseorang itu mengambil kesempatan dengan tidak bertaubat dan tidak menunaikan hak orang lain seperti hutang dengan alasan haji mabrur. Didoakan semoga semua jemaah haji beroleh haji yang mabrur. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  The Dark Side of World's Fairs: Executing Politicians, Delirium, Fetuses on the Ground, Vanishing Children, a Live Baby Auction and Hu...