Thursday, 8 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 20 Zulkaedah 1444H☆


وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا


Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya" [Surah Ali-Imran 97]


#Haji dari segi bahasa ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat. Manakala dari segi istilah bermaksud  mengunjungi Baitullah (Kaabah) pada masa-masa tertentu (bulan haji, Zulhijjah) serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah haji. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah)


#Haji merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam dan menjadi kewajiban kepada seluruh umat Islam samada lelaki mahupun wanita bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Pelaksanaannya dikira wajib hanya sekali seumur hidup. Jika dilakukan lebih dari itu maka ia dikira sebagai sunat.


#Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah: Adapun istito'ah (kemampuan) adalah kemampuan seseorang dari sudut (dia mengerjakan haji) untuk dirinya dan orang lain" (Lihat: Tafsir al-Quran  al-Azim)


#Istito’ah (berkemampuan) yang dimaksudkan pada firman Allah swt di atas bukanlah pada kekuatan jasmani. Ini kerana jika yang dikehendaki oleh Allah swt dengannya ialah kekuatan jasmani, maka ianya tidak perlu disebutkan kerana telah diketahui bahawa Allah swt tidak pernah membebankan seseorang melainkan dia mampu untuk menggalasnya" (Lihat: Al-Muhalla, Ibn Hazm dan Subul al-Salam, Al-Son’aani)


#Istito'ah (kemampuan) itu menjadi syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu diwajibkan haji ke atasnya, iaitu apabila dia memiliki harta yang mencukupi, yang merangkumi perbelanjaan pergi dan balik, bayaran visa pasport perjalanan dan upah pemandu haji dan umrah sebagaimana yang dikehendaki pemerintah. Kesemua harta itu juga mestilah lebihan daripada jumlah hutang dan perbelanjaan ahli keluarganya dalam tempoh ketiadaannya. (Lihat: Fiqh Manhaji)


#Diriwayatkan daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma, Nabi saw bersabda:


جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا يُوجِبُ الْحَجَّ قَالَ:‏ الزَّادُ وَالرَّاحِلَةُ


Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw dan bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah perkara yang menyebabkan wajib haji?” Baginda bersabda: “Bekalan dan kenderaan” (Sunan at-Tirmizi)


#Maka didoakan agar setiap amalan kita diterima oleh Allah swt dan didoakan kepada semua bakal jemaah haji selamat mengerjakan ibadah haji dan dikurniakan haji yang mabrur.


#Di antara tanda-tanda haji mabrur adalah sekembalinya dari ibadah haji, seseorang itu sentiasa dalam keadaan zuhud dan merendah diri dalam hal dunia serta sentiasa bersemangat dalam mengejar akhirat. Diharapkan agar kita semua termasuk dalam golongan tersebut. Aamiiin


♡Ibadah haji merupakan satu kefarduan yang perlu ditaati oleh umat Islam secara amnya dan termasuk dalam salah satu daripada rukun-rukun Islam. Orang Islam yang telah memenuhi syarat-syarat wajib haji perlu menunaikan haji bahkan dia dikira berdosa sekiranya mengambil ringan akan kewajipan ini♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah






No comments:

Post a Comment

  A Terrorist Suicide Bombing in a Damascus Church Triggers a Wider Takfiri Purge of Syrian Minorities On 22 June at approximately 6:30pm du...