Wednesday, 7 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 19 Zulkaedah 1444H☆


وَحَاۤجَّهُۥ قَوۡمُهُۥۚ قَالَ أَتُحَـٰۤجُّوۤنِّی فِی ٱللَّهِ وَقَدۡ هَدَىٰنِۚ وَلَاۤ أَخَافُ مَا تُشۡرِكُونَ بِهِۦۤ إِلَّاۤ أَن یَشَاۤءَ رَبِّی شَیۡـࣰٔاۚ وَسِعَ رَبِّی كُلَّ شَیۡءٍ عِلۡمًاۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ 


"Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?" [Surah Al-Anʿam 80]


#Selepas tewas berhujah, kaum Nabi Ibrahim telah mengancam dengan mengatakan baginda akan ditimpa bala daripada tuhan-tuhan mereka kerana baginda telah mengutuk tuhan mereka. 


#Dengan tegas Nabi Ibrahim Alaihissalam mengatakan baginda langsung tidak takut kepada ancaman mereka kerana tuhan-tuhan sembahan mereka itu tidak boleh mengenakan apa-apa mudharat kepada diri baginda disebabkan patung-patung itu tidak memiliki sebarang kuasa. Yang berkuasa hanyalah Allah swt.


قُل لَّن یُصِیبَنَاۤ إِلَّا مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَىٰنَاۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡیَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal" [Surah at-Tawbah 51]


#Ini menunjukkan bahawa sebagai seorang yang beriman kepada Allah swt, kita perlu meyakini bahawa tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi mudharat kepada seseorang atau memberi manfaat kepada seseorang melainkan Allah swt.


#Laksanakan tugas dakwah,  amar makruf nahi mungkar dengan tegas tanpa perlu takut kepada ancaman sesiapapun sebagaimana yang ditunjukkan contoh oleh Nabi Ibrahim Alaihissalam.


#Namun ketika kita melakukan kerja-kerja dakwah, tiba-tiba diuji dengan dikenakan dugaan, ujian, bala bencana, maka hendaklah kita terima itu sebagai ujian daripada Allah ‎swt kerana Allah ‎swt memang sudah beritahu kita yang Dia akan memberikan ujian kepada kita selagimana kita hidup di dunia ini. Dan sesuatu perkara itu tidak akan terjadi tanpa kehendak Allah ‎swt dan izin Allah ‎swt. 


#Maka Allah memang sudah tetapkan bahawa kita akan diuji. Memang itulah yang akan kita dapat dari masa ke semasa. Bergantunglah hanya kepada Allah dan jangan sesekali takut kepada ancaman manusia.


♡Apabila seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah ‎swt, maka dia akan tahu dan yakin bahawa tidak ada apa-apa pun yang boleh memudaratkan dirinya tanpa izin Allah ‎swt. Maka tidak perlu takut kepada hantu, jin, kepada ancaman manusia dan sebagainya dalam menyebarkan dakwah serta dalam perjuangan mendaulatkan agama Allah swt♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  Watch: Great Discussion on The Hague Group and More... I just took part in a great one hour discussion based out of South Africa, hosted b...