Saturday, 3 June 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 15 Zulkaedah 1444H☆


أَفَمَنِ اتَّبَعَ رِضْوَٰنَ اللَّهِ كَمَن باءَ بِسَخَطٍ مِّنَ اللَّهِ وَمَأْوَىٰهُ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئسَ المَصيرُ


"Adakah orang yang menurut keredhaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" [Surah Aali Imran 162]


#Adakah sama orang yang mencari redha Allah‎ swt dengan orang yang menderhaka pada Allah? Mencari redha Allah ‎swt itu adalah dengan taat kepada segala hukum Allah swt sebagaimana Nabi saw itu seorang yang taat kepada Allah swt.


#Perkataan رِضوانَ adalah redha dalam bentuk yang bersangatan. Ini bermaksud, Nabi saw bukan sahaja mahu Allah ‎swt redha, tetapi baginda mahu Allah ‎swt sangat-sangat redha padanya. Maka kita kena sentiasa berusaha semaksimum mungkin untuk mendapatkan keredhaan Allah ‎swt. Bukannya dengan cara sambil lewa dan bermalas-malasan. 


#Perkataan سَخَطٍ membawa maksud marah iaitu dimurkai oleh Allah ‎swt. Pulang ke akhirat dalam keadaan dimarahi oleh Allah swt.


#Inilah perbandingan yang Allah ‎swt hendak jelaskan iaitu langsung tidak sama antara hambaNya yang mencari redhaNya dengan orang yang mencari murkaNya.


#Tempat golongan yang mendapat kemurkaan Allah ‎swt adalah neraka jahannam. Lafaz المَصيرُ bermaksud destinasi terakhir. Ia adalah tempat yang terakhir yang akan mereka menginap iaitu seburuk-buruk tempat tinggal.


♡Burulah keredhaan Allah swt agar destinasi terakhir kita adalah syurgaNya yang tertinggi. Jauhilah kemurkaan Allah agar kita terhindar daripada azab neraka Jahannam♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...