Monday, 27 May 2024

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Kekayaan Orang Bertakwa 


حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنَّا فِي مَجْلِسٍ فَطَلَعَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى رَأْسِهِ أَثَرُ مَاءٍ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَاكَ طَيِّبَ النَّفْسِ قَالَ أَجَلْ قَالَ ثُمَّ خَاضَ الْقَوْمُ فِي ذِكْرِ الْغِنَى فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النَّعِيمِ


Mu'adz bin 'Abdullah bin Khubaib dari ayahnya dari pamannya meriwayatkan kepada kami bahawa; Ketika kami berada disuatu majlis kemudian Rasulullah SAW datang, dirambut baginda ada sisa-sisa air. Kami berkata; Wahai Rasulullah! Kami melihat Rasulullah seorang yang memiliki jiwa bahagia. Rasulullah SAW  menjawab: "Ya Benar." Kemudian di majlis itu orang-orang berbual mengenai kekayaan. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak mengapa kaya kalau disertai dengan ketakwaan. Namun kesihatan dengan ketakwaan kepada Allah itu lebih baik (dari kekayaan). Manakala kebahagian jiwa pula adalah sebahagian dari nikmat (Allah) (Musnad Ahmad No:  22144)  Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang tidak tercela asalkan ia diurus dengan cara yang bertakwa.


2.  Pemilik yang bertakwa akan memastikan sumber hartanya bersih lagi halal disamping menunaikan hak terhadap harta yang dimiliki seperti zakat dan sedekah. 


3.  Orang kaya yang dicela apabila ia tidak menunaikan hak harta dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ


Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sangat beruntung orang yang masuk Islam, diberikan rezeki yang cukup oleh Allah serta dia pula merasa puas (qanaah) dengan apa yang Allah berikan kepadanya.” (HR Muslim no: 1746)


4.  Kesihatan yang dimiliki oleh orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik dari harta kekayaan. Kesihatan yang dimiliki tidak boleh ditukar dengan wang ringgit dan harta.


5.  Kebahagiaan jiwa (ketenangan, ketenteraman dan kelapangan) merupakan sebahagian dari kekayaan  dan nikmat hidup. 


6.  Memiliki wang ringgit dan kekayaan harta benda belum tentu menjamin ketenangan jiwa.


Biar berharta, asalkan memiliki sifat qanaah (merasa cukup) dan sentiasa bersyukur dengan menunaikan hak-hak harta berkenaan, di samping jiwa pemilik harta sentiasa merasa tenang dan bahagia.


#BangunkanJiwaTaqwa

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

#PalestinMerdeka


27hb Mei 2024

18hb Zulkaedah 1445H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

No comments:

Post a Comment

  German Gov’t Ignored Intelligence Warnings of Ukrainian Plot to Blow Up Nord Stream Pipelines: Report Kurt Zindulka 21 Nov 2024 Swedish Co...