Wednesday, 29 May 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 20 Zulkaedah 1445H☆


فَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَیَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِیهِ خَیۡرࣰا كَثِیرࣰا 


"Kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)"

[Surah an-Nisa'19]


#Hidup di dunia selalu berhadapan dengan musibah dan ujian. Kita perlu yakin bahawa disebalik musibah itu ada kebaikan dan rahmat daripada Allah swt. Antara kebaikan musibah ialah diangkat darjat kedudukan disisi Allah dan diampunkan dosa. 


#Daripada Sayidatina ‘Aisyah r.ha berkata; Rasulullah saw bersabda:


مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً


"Tidak ada satupun musibah (ujian) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang seumpamanya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya (dosanya)" (HR Muslim) 


#Diriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi Musa Alaihissalam:


"Wahai Musa, tolonglah tuan mohon kepada Allah untuk saya, agar Dia menunaikan hajat saya yang mana Dia yang Maha Mengetahui tentang hajat saya itu!". Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah agar menunaikan hajat lelaki itu.


Apabila Nabi Musa turun dari tempat ibadahnya, dia mendapati lelaki itu mati dibunuh oleh binatang buas. Badannya luka parah disiat-siat.


Nabi Musa bertanya penuh kehairanan:" Wahai Tuhanku, kenapa dengan lelaki ini?" 


Allah swt menjawab: "Wahai Musa, sesungguhnya dia meminta kepadaKu darjat (kedudukan di syurga) yang Aku ketahui bahawa amalannya tidak akan menyampaikannya ke darjat itu. Lalu Aku timpakannya musibah seperti yang engkau saksikan supaya musibah itu menjadi wasilah untuknya sampai ke darjat yang dia minta itu!"


#Apabila disebutkan kisah ini, Abu Sulaiman ad-Darani berkata:" Maha Suci Allah. Sesungguhnya Dia berkuasa jika Dia mahu lelaki itu mencapai darjat yang dia minta tanpa bencana yang menimpanya itu. Namun, demikianlah Dia berbuat apa yang Dia kehendaki!" (Lihat: Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, Imam Al-Qurtubi)


♡Musibah meninggikan darjat!! Redha, sabar dan tersenyumlah♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

The British Evangelical Genesis of Zionism and Its Global Impact (🇬🇧+🇮🇱)

  The British Evangelical Genesis of Zionism and Its Global Impact (🇬🇧+🇮🇱) The Political Hijacking of Jewish Identity The Duke Report GP...