Friday, 31 May 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 22 Zulkaedah 1445H☆


هُوَ ٱلَّذِی یُصَوِّرُكُمۡ فِی ٱلۡأَرۡحَامِ كَیۡفَ یَشَاۤءُۚ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ 


"Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Āli-ʿImrān 6]


#Ayat ini mengingatkan kita dan seluruh umat manusia bahawa mereka tidak memiliki sebarang kuasa dan tidak mempunyai pilihan dalam menentukan rupa paras diri mereka sendiri samada berkulit putih atau hitam, berbadan besar atau kecil, tinggi atau rendah, cantik atau hodoh, sempurna atau cacat. Semuanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta dengan Kuasa dan KebijaksanaanNya sejak kita berada di dalam rahim ibu kita. 


#Malah, ibu yang mengandung dan melahirkan pun tidak mengetahui dan tidak pernah diminta pendapat tentang rupa paras anak yang terjadi dan berkembang di dalam badannya.


#Ini mendidik kita bahawa usah berbangga dengan rupa yang cantik, jelita, segak, lawa, menawan, comei dan yang seerti dengannya. Lebih-lebih lagi jika dipuji keelokan rupa paras kita, usahlah berasa bangga kerana sebenarnya yang dipuji bukan diri kita, tetapi Pencipta kita Yang Maha Kuasa. Pujilah dan bersyukurlah kepadaNya. 


#Usahlah bersedih dengan rupa yang tidak cantik, tidak segak dan tidak lawa kerana ia bukan pilihan kita dan kesedihan tidak dapat mengubah apa yang telah tercipta dari mula. Lebih-lebih lagi bila dikeji ketidak sempurnaan rupa paras kita, usahlah berasa hina dan rendah diri kerana sebenarnya yang dikeji bukan diri kita, tetapi Pencipta kita Yang Maha Bijaksana. Redha dan bersabarlah atas ketentuanNya.


#Selain itu, usah terpegun, terpesona, memuji seseorang kerana kecantikannya. Bukan dia yang berhak dipuji, tetapi Penciptanya. Pujilah Allah dan bertasbihlah kepadaNya.


#Paling penting, usah memandang hina dan mengejek seseorang kerana kekurangan rupa parasnya. Dia tidak memilih rupa yang buruk itu. Awas! Jika kita mengejeknya bererti kita mengejek dan mempertikaikan Kehendak Penciptanya Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.


♡Insafi diri, sedar diri dan bersyukurlah dengan kehendak dan ketentuan Ilahi. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...