Tuesday, 28 May 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 19 Zulkaedah 1445H☆


لُعِنَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِنۢ بَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِیسَى ٱبۡنِ مَرۡیَمَۚ ذَ ٰ⁠لِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ یَعۡتَدُونَ * كَانُوا۟ لَا یَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنكَرࣲ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُوا۟ یَفۡعَلُونَ 


"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan" [Surah al-Māʾidah 78-79]


#Mencegah mungkar merupakan satu kewajipan yang tidak dipertikaikan oleh sesiapapun.


#Mereka yang tidak melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran termasuk di dalam golongan orang-orang yang dilaknat oleh Allah Azza wa Jalla sebagaimana yang disebutkan dalam ayat diatas. 


#Ini jelas bahawa menyuruh yang makruf dan mencegah mungkar merupakan kewajipan yang amat berat yang wajib dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. Pun begitu, ia tidak bermakna boleh dilakukan dengan sembarangan. Ia sama seperti kewajipan-kewajipan yang lain, ada syarat-syarat serta adab-adabnya yang mesti dipatuhi. 


#Syeikh Salman al-‘Audah berkata: "Sesungguhnya menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar adalah satu ibadah. Wajib ada padanya apa yang wajib ada pada ibadah-ibadah yang lain, iaitu amalan dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah semata-mata dan mengikuti Rasulullah saw.


#Sebahagian ulamak menyimpulkan syarat amar ma’ruf dan nahi mungkar kepada tiga:


1. Mempunyai ilmu tentang apa yang disuruh dan dilarang

2. Lembut, santun dan adil ketika melaksanakan suruhan dan larangan

3. Sabar selepas melaksanakannya.


#Ketika ini, timbul satu kecenderungan yang menjadi ikut-ikutan di kalangan ramai orang, iaitu menularkan sesuatu yang dianggap sebagai perkara mungkar. Tanpa rasa bersalah menyebar gambar-gambar atau video-video mereka yang ditangkap ketika berkhalwat atau berdua-duaan ketika serbuan yang sebahagiannya tidak menutup aurat dengan sempurna. 


#Niatnya mungkin baik, iaitu memberi peringatan supaya menjauhi perkara tersebut. Namun ia dilakukan dengan cara yang salah, iaitu tanpa usul periksa sama ada betul atau salah maklumat yang ditularkan itu serta dalam keadaan tidak menutup aurat dan mengaibkan. 


#Maka niat yang asalnya baik, mencegah mungkar bertukar menjadi sebaliknya, iaitu melakukan satu kemungkaran yang lebih besar. Apa lagi sekiranya maklumat itu salah. Ia boleh mengundang padah, disaman oleh pihak yang berkenaan pula. 


♡Teruskan menyuruh kepada yang baik dan mencegah segala kemungkaran. Lakukan dengan ilmu dan adab agar beroleh pahala, bukannya beroleh dosa♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  SUNDAY REVIEW Five events that have already happened 1. First on the list, of course, is the firing of the ‘Oreshnik,' Russia's...