☆Tadabbur Kalamullah 15 Zulkaedah 1445H☆
الْحَمْدُ لِلَّـهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَّثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۚ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaanNya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" [Surah Fathir 1]
#Syeikh Tahir al-Jazairi dalam kitabnya, al-Jawahir al-Kalamiyyah berkata:
لَا يَرَى البَشَرُ غَيْرَ الأَنْبِيَاءِ الملَائِكَةَ إِذَا كَانُوا عَلَى صُوَرِهِمْ الأَصْلِيَّةِ لِأَنَّهُمْ أَجْسَامٌ لَطِيفَةٌ كَمَا أَنَّهُمْ لَا يَرَوْنَ الهَوَاءَ مَعَ كَوْنِهِ جِسْمًا مَالِئًا لِلفضَاءِ لِكَوْنِهِ لَطِيفاً وَأَمَّا إِذَا تَشَكَّلُوا بِصُورَةِ جِسْمٍ كَثِيفٍ كَالإِنْسَانِ فَيَرَوْنَهُمْ وَرُؤْيَةُ الأَنْبِيَاءِ لَهُمْ عَلَى صُوَرِهِمْ الأَصْلِيَّةِ خُصُوصِيَّةً خَصُّوا بِهَا لِتُلْقِيَ المسائِلَ الدِّينِيَّة وَالأَحْكَام الشَّرْعِيَّة
"Manusia tidak dapat melihat bentuk asli malaikat kecuali para Nabi. Kerana malaikat tercipta daripada jisim halus (jismun lathif) seperti udara di dalam ruangan yang tidak dapat dilihat dengan mata (tetapi dapat dirasa kehadirannya). Namun apabila malaikat mewujudkan dirinya dalam bentuk jasmani kasar (jismin kasif) sebagaimana manusia maka semua orang dapat melihatnya. Adapun kemampuan para nabi melihat malaikat dalam bentuknya yang asli (jisim halus) tidak lain merupakan kekhususan yang diberikan Allah swt kepada mereka bagi menyelesaikan pelbagai masalah keagamaan dan hukum- hukum Syarak".
#Secara dasarnya, manusia tidak mampu melihat malaikat. Manusia mungkin melihat malaikat jika mereka menjelma bukan dalam bentuk aslinya iaitu dalam rupa bentuk manusia.
#Diriwayatkan dalam hadis Imam Muslim bahawa sahabat Nabi saw melihat Jibril yang berupa menjadi seorang lelaki bertanyakan tentang Islam, iman, ihsan, kiamat dan tandanya kepada Nabi saw.
#Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad berkata: "Dalam hadis Jibril ini terdapat dalil bahawa malaikat jika mendatangi manusia ia dapat berubah bentuk seperti manusia. Dan telah terdapat dalam Al-Quran bahawa Jibril datang kepada Maryam dalam bentuk manusia. Demikian pula mereka (para malaikat) datang kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Luth dalam bentuk manusia. Mereka dapat berubah bentuk dari bentuk mereka yang sesungguhnya ke bentuk manusia dengan kekuasaan Allah swt. (Lihat al-Kafi Syarah Hadis 40)
#Telah thabit dalam hadis kisah seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah perkampungan yang lain. Maka Allah swt perlihatkan kepadanya satu malaikat. Apabila dia melalui kawasan tersebut, malaikat bertanya, ke mana kamu mahu pergi?" Jawabnya," Aku mahu menziarahi saudaraku di kampung ini". Tanya malaikat, "Adakah kamu ingin membalas nikmat atau kurniaan kepadanya yang kamu perolehi daripadanya?" Jawab lelaki tersebut: "Tidak, aku ziarahnya kerana aku cintakannya semata-mata kerana Allah". Lantas malaikat itu berkata:
فَإِنِّى رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ
"Maka sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu untuk mengkhabarkan bahawa Allah mencintakanmu sebagaimana kamu mencintakannya semata-mata kerana Allah" (HR Muslim)
♡Malaikat merupakan makhluk Allah yang mulia. Diciptakan Allah untuk beribadah kepadaNya dan berkhidmat dengan penuh ketaatan kepada Allah swt. Maka kita wajib beriman dengan kewujudan Malaikat serta merasai kehadirannya bersama kita♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment