☆Tadabbur Kalamullah 14 Zulkaedah 1445H☆
قَالَ یَـٰقَوۡمِ أَرَءَیۡتُمۡ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَیِّنَةࣲ مِّن رَّبِّی وَءَاتَىٰنِی رَحۡمَةࣰ مِّنۡ عِندِهِۦ فَعُمِّیَتۡ عَلَیۡكُمۡ أَنُلۡزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمۡ لَهَا كَـٰرِهُونَ
Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Dia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?" [Surah Hūd 27-28]
#Walaupun Nabi Nuh Alaihissalam merintih dan mengadu pada Allah swt tentang penolakan dakwah daripada kaumnya, namun dakwah Nabi Nuh berlangsung dengan istiqamah selama 950 tahun lamanya. Sangat kental tanpa mengenal erti putus asa.
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَلَبِثَ فِیهِمۡ أَلۡفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمۡسِینَ عَامࣰا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمۡ ظَـٰلِمُونَ
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)" [Surah al-ʿAnkabūt 14]
#Berkata Sayidina Ibnu Abbas r.huma: "Allah swt utuskan Nabi Nuh ketika berusia 40 tahun dan dia bersama dengan kaumnya 950 tahun. Berdakwah kepada mereka dan hidup selepas taufan atau banjir besar selama 60 tahun. Maka jadilah usianya 1050 tahun" (Lihat: as-Suyuti dalam kitab al-Durru al-Manthur, Tafsir al-Baghawi dan Tafsir Ibn Kathir)
#Ali Muhammad Ash-Shallabi dalam bukunya bertajuk 'Nuh: Peradaban Manusia Kedua' menyatakan bahawa Nabi Nuh Alaihissalam telah menasihati, memerintahkan dan memperingatkan kaumnya untuk menyembah Allah swt. Namun mereka menentangnya dan semakin sesat serta menyombongkan diri. Namun, kesabaran Nabi Nuh semakin bertambah.
#Nabi Nuh Alaihissalam menghabiskan waktu untuk berdakwah selama 950 tahun untuk menyerukan tauhid dan keikhlasan beribadah kepada Allah swt serta mendorong untuk takut dan taat kepadaNya. Dakwah yang sangat panjang ini membangun method, pemikiran, gaya atau teknik, perdebatan, pertentangan, cubaan, dan pelajaran bagi para nabi.
#Ini menunjukkan bahawa Nabi Nuh merupakan nabi yang istimewa dan menjadi suri tauladan untuk para pendakwah atas kesabaran dan ketabahannya dalam menghadapi kaum yang menentangnya sehingga datang pertolongan Allah swt.
♡Ambillah pengajaran daripada dakwah yang disampaikan oleh Nabi Nuh Alaihissalam yang sangat istiqamah dan contohi nilai kesabaran baginda sehinggalah Allah memberikan kejayaan dalam dakwahnya. Jika timbul masalah, maka mengadu dan merintihlah kepada Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment