Thursday 2 March 2023

 JIWA TARBAWI 837


Apabila nikmat agama sudah dapat dikecapi, jagailah dan peliharanya dengan sepenuh hati.


Percayalah bahawa Allah ta’ala akan mendatangkan segala kebaikan dunia mahu pun akhirat apabila Ia membukakan pintu dan jalan kefahaman agama dalam diri seseorang.


مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ


Barangsiapa yang dikehendakki oleh Allah ta’ala kebaikan pada dirinya, Dia akan memahamkannya dalam agama


( HR Bukhari dan Muslim )


Percayalah bahawa Allah ta’ala memilih hanya orang yang dikasihi untuk diberikan nikmat beragama.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَسَمَ بَيْنَكُمْ أَخْلَاقَكُمْ كَمَا قَسَمَ بَيْنَكُمْ أَرْزَاقَكُمْ وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُعْطِي الدُّنْيَا مَنْ يُحِبُّ وَمَنْ لَا يُحِبُّ وَلَا يُعْطِي الدِّينَ إِلَّا لِمَنْ أَحَبَّ فَمَنْ أَعْطَاهُ اللَّهُ الدِّينَ فَقَدْ أَحَبَّهُ 


Dari Abdullah bin Mas'ud ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah membahagikan akhlak di antara kamu sebagaimana Dia membahagikan rezeki di antara kamu. Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla memberikan dunia kepada siapa yang Dia cintai mahupun pada siapa yang tidak dicintaiNya, sedangkan Dia memberikan agama hanya kepada yang Dia cintai. Barang siapa yang diberi agama oleh Allah, maka Dia telah mencintainya.


(HR Ahmad, 3490)



Justeru, mohonlah dan bersungguhlah memohon ketetapan hatimu di atas jalan agama kerana begitu banyak musuh berada di sekelilingmu yang berusaha menjauhkanmu dari agamamu.


المؤمن بين خمس شدائد مؤمن يحسده ومنافق يبغضه وكافر يقاتله ونفس تنازعه وشيطان يضله)

(أخرجه أبو بكر بن لال في مكارم الأخلاق من حديث أنس).


Daripada Anas bin Malik ra: Rasulullah ‎  bersabda :“Orang mukmin itu berhadapan dengan lima jenis kesusahan iaitu mukmin lain yang hasad terhadapnya, orang munafik yang membenci akannya, orang kafir yang memeranginya, nafsu diri yang mengelincirkannya dan syaitan yang menyesatkan”


(Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Lal dalam Makarim al-Akhlak dari Hadith Anas)





ABi

No comments:

Post a Comment

  Israel tramples everything in its path as White House tries to keep up – Day 359 contact@ifamericansknew.org   October 1, 2024   arms to i...