Pandemik Covid-19 mungkin berakhir tahun ini – WHO
Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memaklumkan pandemik Covid-19 boleh mereda tahun ini dan hanya akan menular seperti selesema.
Badan itu juga yakin dapat menamatkan darurat kesihatan yang dikenakan, tahun ini serta berharap fasa pandemik virus itu akan berakhir.
Minggu lalu menandakan tiga tahun WHO mengisytihar Covid-19 sebagai pandemik walaupun Ketuanya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan negara lain sepatutnya sudah mengambil tindakan membendung penularannya beberapa minggu sebelum itu.
“Saya berpendapat, kita nanti akan sampai satu tahap yang mana melihat Covid-19 ini sebagai satu influenza bermusim,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan dalam sidang medianya.
Beliau mengakui virus itu ancaman terhadap kesihatan dan ia akan terus membunuh. Advertisement
“Tetapi virus ini tidak lagi mengganggu masyarakat kita atau ganggu gugat sistem hospital dan saya percaya masanya akan tiba, seperti Tedros kata, tahun ini,” katanya.
Menurutnya lagi, keadaan seluruh dunia semakin baik ketika ini berbanding ketika tempoh penularan pandemik dan mengambil kira itu beliau yakin Covid-19 akan berakhir tahun ini.
“Saya yakin tahun ini kita akan dapat umumkan Covid-19 sebagai Kecemasan Kesihatan Awam bagi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) berakhir,” katanya.
WHO mengumumkan PHEIC – amaran tertinggi dikeluarkan, pada 30 Januari 2020 selepas luar China merekod lebih 100 kes Covid-19 dan tiada kematian.
Namun, situasi itu diklasifikasi pandemik oleh Tedros pada 11 Mac tahun sama, susulan banyak negara menyedari berada dalam bahaya.
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/03/947060/pandemik-covid-19-mungkin-berakhir-tahun-ini-who
No comments:
Post a Comment