Tadabbur Kalamullah 28 Syaaban 1444H
وَهُوَ ٱلَّذِی یُرۡسِلُ ٱلرِّیَـٰحَ بُشۡرَۢا بَیۡنَ یَدَیۡ رَحۡمَتِهِۦۖ حَتَّىٰۤ إِذَاۤ أَقَلَّتۡ سَحَابࣰا ثِقَالࣰا سُقۡنَـٰهُ لِبَلَدࣲ مَّیِّتࣲ فَأَنزَلۡنَا بِهِ ٱلۡمَاۤءَ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَ ٰتِۚ كَذَ ٰلِكَ نُخۡرِجُ ٱلۡمَوۡتَىٰ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)” [Surah al-Aʿraf 57]
#Allah swt mengatakan kedatangan angin yang membawa hujan merupakan rahmat daripadaNya.
وَهُوَ ٱلَّذِیۤ أَرۡسَلَ ٱلرِّیَـٰحَ بُشۡرَۢا بَیۡنَ یَدَیۡ رَحۡمَتِهِۦۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ طَهُورࣰا
“Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci” [Surah al-Furqan 48]
#Jika manusia mengalami kemarau yang panjang, tiba-tiba datang angin yang kuat, maka manusia mula gembira kerana telah ada tanda-tanda akan turunnya hujan tidak lama lagi.
#Kedatangan hujan adalah rahmat daripada Allah swt.
وَنَزَّلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ مُّبَـٰرَكࣰا فَأَنۢبَتۡنَا بِهِۦ جَنَّـٰتࣲ وَحَبَّ ٱلۡحَصِیدِ
“Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai” [Surah Qaf 9]
#Di antara waktu mustajab untuk berdoa ialah di saat hujan turun. Berkata Imam An-Nawawi rahimahullah:
“Penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim”.
#Dalam ayat di atas digunakan kalimah الرِّيٰحَ (arriyaaha) iaitu jamak bagi رِيحٍ (riihin). Yang menariknya, jikalau penyebutan angin itu menggunakan sighah jamak, ia membawa maksud nikmat manakala jika ia di dalam bentuk mufrad, ia bermaksud azab. Oleh sebab itu, sekiranya Allah swt menghantar banyak angin, itu tandanya Allah swt memberi banyak rahmat kepada makhluk. Hanya satu sahaja angin yang buruk yang membawa azab.
فَلَمَّا رَأَوۡهُ عَارِضࣰا مُّسۡتَقۡبِلَ أَوۡدِیَتِهِمۡ قَالُوا۟ هَـٰذَا عَارِضࣱ مُّمۡطِرُنَاۚ بَلۡ هُوَ مَا ٱسۡتَعۡجَلۡتُم بِهِۦۖ رِیحࣱ فِیهَا عَذَابٌ أَلِیمࣱ
“Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: “Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!” (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): “Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya” [Surah al-Aḥqaf 24]
…Bersambung…
♡Angin dan hujan ada ketikanya datang sebagai rahmat untuk makhluk dibumi dan ada ketikanya kedatangannya berbentuk azab yang membinasakan. Banyakkan bersyukur atas nikmatnya dan sentiasalah beristighfar atas dosa yang telah dilakukan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
No comments:
Post a Comment