Tadabbur Kalamullah 26 Syaaban 1444H

وَلَا تُفۡسِدُوا۟ فِی ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفࣰا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِیبࣱ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya” [Surah al-Aʿraf 56]

#Dalam ayat ini Allah swt berpesan agar jangan sesekali berbuat kerosakan di muka bumi ini. Allah swt menyediakan pelbagai kebaikan, manfaat dan keindahan pada bumi ini.

#Jangan sesekali merosakkannya dengan menjarah hasilnya untuk kepentingan sendiri. Allah jadikan bumi ini boleh digunakan untuk bercucuk tanam, dibina bangunan, rumah diatasnya, boleh dikorek untuk pengairan, pertanian dan sebagainya serta boleh berjalan dengan tenang di atasnya. Maka manfaatkanlah sebaik mungkin, jangan dirosakkan dan dimusnahkan disebabkan kerakusan dan ketamakan nafsu manusia.

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِی ٱلنَّاسِ لِیُذِیقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِی عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” [Surah ar-Rum 41]

#Selain itu, jangan sesekali melakukan kerosakan dalam agama sehingga menyebabkan bumi ini ditimpa musibah. Bumi yang kita diami ini telah dibaiki dengan tauhid serta dihapuskan kesyirikan di mana Allah ‎telah menghantar para Nabi dan Rasul untuk menyampaikan kebenaran tentang tauhid. Berbuat kerosakan itu juga bermaksud melakukan kederhakaan dalam hal agama dan melakukan dosa yang besar serta dosa syirik.

وَمَاۤ أَصَـٰبَكُم مِّن مُّصِیبَةࣲ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِیكُمۡ وَیَعۡفُوا۟ عَن كَثِیرࣲ

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu” [Surah ash-Shura 30]

#Kemudian Allah‎ swt menyambung bicaraNya berkaitan adab dalam berdoa kepadaNya.

…Bersambung…

♡Hiduplah dengan sentiasa melakukan kebaikan serta ketaatan diatas muka bumi ini. Jangan sesekali melakukan kerosakan dan kejahatan kerana ia bakal mengundang bala dan bencana♡

🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN    

http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook: