Thursday 2 March 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 10 Syaaban 1444H☆


وَبَیۡنَهُمَا حِجَابࣱۚ وَعَلَى ٱلۡأَعۡرَافِ رِجَالࣱ یَعۡرِفُونَ كُلَّۢا بِسِیمَىٰهُمۡۚ وَنَادَوۡا۟ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَن سَلَـٰمٌ عَلَیۡكُمۡۚ لَمۡ یَدۡخُلُوهَا وَهُمۡ یَطۡمَعُونَ 


"Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya" [Surah al-Aʿraf 46]


#Golongan Ashabul A'raf mengenali penghuni syurga melalui tanda-tanda kemuliaan yang terdapat pada mereka. 


#Mereka menegur ahli syurga, berbual dan bermesra dengan ahli syurga . Mereka menegur dengan memberi salam kepada ahli syurga. Mereka hanya boleh memberi salam namun tidak dibenarkan masuk ke dalam syurga kerana menjalani hukuman daripada Allah swt kerana amal baik yang mereka bawa ke akhirat tidak mencukupi dan tidak melayakkan mereka berada di syurga. 


#Ini menunjukkan kepada kita bahawa amalan memberi salam adalah amalan sunnah yang amat digalakkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Kita diperintahkan memberi salam kepada ahli kubur. Juga kepada orang yang dikenali dan orang yang tidak dikenali. Di akhirat kelak, ashabul A'raf memberi salam kepada ahli syurga. Di dalam syurga, salam diberikan sesama ahli syurga dan salam diberikan oleh para malaikat kepada ahli syurga. Betapa hebatnya amalan memberi salam ini!! Amalkanlah.. 


#Berkata Sayidina Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a:


أنَّ رجلًا سأَل النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: أيُّ الإسلامِ خيرٌ ؟ قال: تُطعِمُ الطعامَ، وتَقرَأُ السلامَ، على مَن عرَفتَ، وعلى مَن لم تَعرِفْ 


Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw: "Islam manakah yang paling baik?" Nabi saw bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal” (HR al-Bukhari dan Muslim) 


#Golongan Ashabul A'raf sangat teringin untuk memasuki syurga dan menunggu peluang agar dizinkan Allah untuk memasuki syurga. InsyaAllah mereka akan memasuki syurga. 


#Sayidina Ibnu Abbas r.huma berkata: “Sesungguhnya Allah memasukkan Ashabul A’raf ke dalam syurga".


#Ashabul A’raf merupakan salah satu golongan yang akan mendapat syafaat daripada Nabi saw. 


♡Jangan meremehkan sebarang kebaikan. Laksanakan semua perintah Allah dengan penuh kesungguhan samada amal yang kecil atau yang besar♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Israel tramples everything in its path as White House tries to keep up – Day 359 contact@ifamericansknew.org   October 1, 2024   arms to i...