Wednesday, 1 March 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 9 Syaaban 1444H☆


وَبَیۡنَهُمَا حِجَابࣱۚ وَعَلَى ٱلۡأَعۡرَافِ رِجَالࣱ یَعۡرِفُونَ كُلَّۢا بِسِیمَىٰهُمۡۚ وَنَادَوۡا۟ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَن سَلَـٰمٌ عَلَیۡكُمۡۚ لَمۡ یَدۡخُلُوهَا وَهُمۡ یَطۡمَعُونَ 


"Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya" [Surah al-Aʿraf 46]


#Dalam ayat ini, Allah swt mengatakan mengenai satu golongan yang di sebut al-A'raf iaitu berkaitan nama surah ini. Al-A'raf ialah golongan ketiga selain ahli syurga dan ahli neraka. Mereka tinggal atau dipenjarakan diantara syurga dan neraka. 


#Al-A'raf ialah orang yang sama berat amalan baik dan amalan jahat mereka semasa di dunia dahulu. Setelah ditimbang semua amalan mereka di mahsyar kelak, berat timbangan itu sama antara baik dan buruk. Maka mereka tidak layak masuk neraka dan tidak juga layak masuk syurga. Maka mereka berada di tembok antara syurga dan neraka. 


#Berkata Sayidina Huzaifah r.a: “Ashabul A’raf adalah kaum yang mana antara kebaikan dan keburukan mereka seimbang, kemudian Allah berfirman kepada mereka: “Masuklah ke dalam syurga dengan anugerah dan ampunanKu, pada hari ini janganlah kalian takut dan janganlah kalian bersedih hati” (Lihat: Tafsir Ibnu Jarir)


#Ashabul A'raf ini tinggal di atas dinding antara syurga dan neraka pada kedudukan yang tinggi, dan mereka nampak ahli syurga dan juga ahli neraka. Ini kerana mereka duduk di tengah-tengah tembok. 


#Kalimah الأَعرافِ adalah jamak daripada kalimah عرف yang bermaksud tempat yang tinggi dan senang dilihat.


#Mereka mengenali golongan manusia dikalangan ahli syurga dan ahli neraka. Mereka mengenali melalui tanda-tanda yang ada pada ahli syurga dan ahli neraka itu. Mereka boleh mengenali kerana ahli syurga putih wajahnya manakala ahli neraka pula hitam wajah mereka.


#Sabda Rasulullah saw:


أَوَّلُ زُمْرَةٍ تَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، وَالثَّانِيَةُ عَلَى لَوْنِ أَحْسَنِ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ


Kumpulan pertama yang masuk akan syurga atas rupa secantik bulan di malam purnama dan kumpulan kedua atas kecantikan seelok-elok bintang yang bersinar pada langit" (HR at-Tirmizi dan Ahmad)


...Bersambung... 


♡Jangan kita ambil remeh tentang amal yang boleh mendatangkan pahala pada kita. Rebutlah semua amalan yang berpahala agar melayakkan kita ke syurga♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  West is ‘completely delusional’ over Ukraine and will pay dearly for this mistake, warns Orbán Ahmed Adel Ahmed Adel is a Cairo-based geop...