Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1444H
ٱدۡعُوا۟ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعࣰا وَخُفۡیَةًۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِینَ
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas” [Surah al-Aʿraf 55]
#Ayat sebelum ini, Allah swt memperkenalkan diriNya sebagai Tuhan sekelian alam. Setelah Allah swt memperkenalkan diriNya, sekarang dalam ayat ini, Allah swt mengajar hambaNya cara untuk memanjatkan doa.
#Sebetulnya begitulah apabila kita ingin memanjatkan doa, kita perlu kenal dan tahu dengan siapa kita meminta, merayu dan memohon.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu” [Surah Ghafir 60]
#Imam Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya mengatakan bahawa pada ayat ini adalah dalil bahawa Allah swt menuntut hambaNya untuk berdoa kepadaNya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf di antara orang Islam” (Lihat: Tafsir Ibn ‘Asyur)
#Allah swt mengajar kita cara untuk berdoa kepadaNya. Diterangkan adab dan etika dalam berdoa. Jangan berdoa ikut cara kita atau ikut suka kita sahaja.
#Pertama, kita kena berdoa dengan hati yang tawadhuk (rendah hati), dengan hati yang khusyuk dan ingat padaNya iaitu tunduk kepada Allah hati dan jiwa kita. Berdoa dalam keadaan sangat berharap kepada Allah dan bergantung sepenuhnya kepadaNya.
#Sewajarnya rendahkan diri kita semasa bermunajat merayu kepadaNya. Hapuskan perasaan tinggi diri dan sombong. Kita mendekati Allah swt dengan cara merendahkan diri kita.
#Sebelum kita berdoa memohon pelbagai hajat, maka mulakan doa dengan meminta ampun atas segala dosa kita yang kini dan terdahulu. Lihatlah para Nabi, tatkala berdoa mereka meminta ampun atas kesilapan mereka.
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ
Mereka berdua (Adam dan Hawa) merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi” [Surah al-Aʿraf 23]
#Daripada Aisyah r.ha, bahawa beliau bertanya Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi saw bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)
…Bersambung..
♡Berdoalah dengan penuh kesungguhan, khusyuk dan hati yang ingat Allah memohon hanya kepadaNya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
No comments:
Post a Comment