Tadabbur Kalamullah 23 Syaaban 1444H

☆Tadabbur Kalamullah 23 Syaaban 1444H☆

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ فِی سِتَّةِ أَیَّامࣲ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ یُغۡشِی ٱلَّیۡلَ ٱلنَّهَارَ یَطۡلُبُهُۥ حَثِیثࣰا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَ ٰ⁠تِۭ بِأَمۡرِهِۦۤۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam” [Surah al-Aʿraf 54]

#Allah swt menyatakan bahawa Dialah yang menguruskan peralihan siang dan malam. Ia juga menciptakan matahari, bulan dan bintang. Semuanya mengikut arahan dan ketentuanNya.

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 

“(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing” [Surah Yasin 40]

#Penciptaan malam dan siang merupakan nikmat yang dikurniakan Allah swt kepada manusia dan menjadikan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Allah swt juga menjadikan matahari tanda adanya siang dan bulan tanda adanya malam. Kedua-duanya untuk kita mengetahui bulan, tahun dan membuat perhitungan. Setiap dari matahari, bulan, bintang, planet, malam dan siang kesemuanya bergerak dan beredar mengikut edarannya yang tersendiri berdasarkan arahan Allah swt.

#Firman Allah swt:

 وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ  

“Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)” [Surah al-Anbiya’ 33]

♡Ini memahamkan kita bahawa segala ciptaanNya bergerak di atas perintahNya. Semua itu tidak bergerak tanpa kebenaran daripada Allah ‎swt. Allah ‎swt yang mengatur perjalanan alam ini. Perancangan Allah ‎swt amat rapi dan jitu sekali. Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam♡

🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN    

http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook: