☆Tadabbur Kalamullah 18 Syaaban 1444H☆
هَلۡ یَنظُرُونَ إِلَّا تَأۡوِیلَهُۥۚ یَوۡمَ یَأۡتِی تَأۡوِیلُهُۥ یَقُولُ ٱلَّذِینَ نَسُوهُ مِن قَبۡلُ قَدۡ جَاۤءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّ فَهَل لَّنَا مِن شُفَعَاۤءَ فَیَشۡفَعُوا۟ لَنَاۤ أَوۡ نُرَدُّ فَنَعۡمَلَ غَیۡرَ ٱلَّذِی كُنَّا نَعۡمَلُۚ قَدۡ خَسِرُوۤا۟ أَنفُسَهُمۡ وَضَلَّ عَنۡهُم مَّا كَانُوا۟ یَفۡتَرُونَ
"Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: "Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu" [Surah al-Aʿraf 53]
#Dalam ayat ini, Allah swt telah bertanya kepada golongan yang engkar, yang menolak kebenaran bahawa adakah mereka ingin tunggu sehingga azab yang dijanjikan itu betul-betul telah ada di hadapan mata mereka barulah mereka mahu beriman?. Kenapa mereka terlalu bodoh sehingga mahu menunggu azab itu benar-benar terjadi baru hendak beriman kepada Allah?
#Jika begitulah keadaannya, maka itu sudah terlambat kerana sudah tidak diterima lagi iman mereka itu. Sepatutnya mereka beriman didunia dahulu kerana wahyu sudah sampai dan penjelasan telah pun disampaikan utusan Allah.
#Ketika azab sudah berada di depan mata mereka, barulah orang yang tidak hiraukan ayat-ayat al-Quran itu hendak percaya. Mereka telah mensia-siakan amal dan kehidupan mereka dengan meninggalkan ajaran daripada wahyu dan mengikut kesesatan. Pada waktu itu barulah mereka menyesal, amat-amat menyesal sekali.
#Apabila sudah jelas didepan mata apa yang telah dijanjikan dalam al-Quran itu benar, barulah mereka mengaku bahawa memang telah datang Rasul kepada mereka membawa kebenaran. Tidak ada alasan lagi yang mereka boleh keluarkan, maka mereka mengaku sahaja.
#Pada ketika itu, mereka bersungguh-sungguh mengharapkan ada sesiapa yang boleh memberi syafaat, yang boleh memberi sokongan kepada mereka...
...Bersambung...
♡Berimanlah kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Jangan sesekali tersalah langkah, menyebabkan hidup merana selamanya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment