Thursday, 9 March 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 17 Syaaban 1444H☆


وَلَقَدۡ جِئۡنَـٰهُم بِكِتَـٰبࣲ فَصَّلۡنَـٰهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ هُدࣰى وَرَحۡمَةࣰ لِّقَوۡمࣲ یُؤۡمِنُونَ 


"Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman" [Surah Al-Aʿraf 52]


#Ayat sebelum ini telah menyebut kisah tentang golongan yang dimasukkan ke dalam neraka. Allah juga telah menyebut ciri-ciri dan sebab mereka dihumban ke dalam neraka. Ini menunjukkan bahawa bukanlah Allah zalim kerana memasukkan mereka ke dalam neraka, tetapi mereka diazab disebabkan kesalahan dan kedegilan mereka menentang risalah Allah swt. 


#Berkaitan ayat diatas Allah swt mengatakan bahawa Dia telah menyampaikan wahyu kepada mereka, telah membangkitkan para Nabi dan Rasul untuk memperjelaskan tentang wahyu tersebut. Maka tidak ada alasan lagi untuk mereka menolak kebenaran. Namun, disebabkan kesombongan mereka menentang ajaran Allah swt maka kesudahan mereka adalah azab neraka. Inilah balasan menolak wahyu petunjuk Allah swt. 


#Dalam al-Quran telah pun jelas memperkatakan tentang agama yang benar, akidah yang benar bahkan telah diterangkan dengan jelas oleh baginda Rasulullah saw. 


#Apa yang disampaikan di dalam al-Quran adalah kebenaran yang mesti diikuti, tidak ada pilihan lain lagi.

Sebab itulah al-Quran sesuai digunakan sebagai panduan hidup di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.


#Al-Quran memberi petunjuk dan rahmat serta manfaat besar bagi sesiapa yang beriman dan menjadikannya panduan dalam kehidupan .


#Sebagai orang yang beriman dengan al-Quran, maka kita wajib mempelajarinya, memahaminya dan menjadikannya sumber rujukan disepanjang kehidupan. Teramat pelik bagi umat Islam yang sentiasa meminta hidayah setiap kali membaca surah al-Fatihah, akan tetapi tidak dicari hidayah itu di dalam al-Quran. Kita wajib berusaha untuk mendapat hidayah itu dengan memahami selok belok wahyu Allah bukannya hanya minta dengan mulut sahaja.


♡Sesiapa yang menolak wahyu Allah maka tempatnya ialah neraka. Sesiapa yang menjadikan wahyu Allah sebagai panduan hidup maka rahmat Allah bersamanya dan dia tidak akan sesat selamanya♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Washington’s Long War Against Us All, November 16, 2023 Mark Taliano Original Link Here:  Washington’s Long War Against Us All - Global Re...