Wednesday, 8 March 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 16 Syaaban 1444H☆


ٱلَّذِینَ ٱتَّخَذُوا۟ دِینَهُمۡ لَهۡوࣰا وَلَعِبࣰا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۚ فَٱلۡیَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُوا۟ لِقَاۤءَ یَوۡمِهِمۡ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا یَجۡحَدُونَ 


"(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami" [Surah al-Aʿraf 51]


#Kemudian Allah swt memaklumkan bahawa pada hari kiamat kelak, mereka yakni orang kafir akan dilupakan Allah iaitu Allah tidak akan pedulikan mereka. Mereka tidak akan dilayan. Mereka tidak akan beroleh sebarang kebaikan. Mereka tidak beroleh sebarang pertolongan.


#Hal ini kerana mereka sewaktu didunia dahulu lupa kepada Allah, tidak peduli wahyu Allah, tidak hirau perintah Allah, tidak sediakan bekalan untuk hari kebangkitan dan hari akhirat. Mereka langsung tidak percaya akan hari akhirat. Mereka sengaja buat lupa untuk menghadapi hari akhirat. Maka memang patut di hari kiamat nanti mereka dilupakan oleh Allah ‎swt. 


#Berulang-ulang kali Allah ‎swt telah memberikan peringatan melalui wahyuNya, melalui Rasul dan NabiNya, melalui para pendakwah tetapi mereka tidak peduli, buat tidak tahu sahaja. Kesudahannya mereka dibalas sebagaimana yang mereka buat dahulu. 


#Disebabkan semasa di dunia mereka mengingkari, melawan, menentang dan mempersoalkan ayat-ayat Allah swt, tidak mahu terima kebenaran, tafsir hukum hakam ikut hawa nafsu mereka. Maka di hari kiamat, berdepanlah dengan azab dan kemurkaan Allah swt. 


#Begitulah yang banyak terjadi dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Menggunakan kedudukan dan kuasa untuk menghalang para alim ulamak menyampaikan ilmu dengan memberi pelbagai alasan dan hujjah yang lekeh. Sedangkan sepatutnya menggunakan kedudukan dan kuasa untuk menggalakkan majlis ilmu, program keagamaan, mendekatkan manusia dengan Allah bukannya menjauhkan manusia dengan Allah. Ini bertentangan dengan kehendak wahyu Allah swt. 


#Jangan berperangai dengan perangai orang kafir yang suka mengingkari perintah Allah dan menjadikan agama sekadar untuk cari makan. 


♡Jadilah manusia yang hidup berpandukan wahyu serta mentaati segala perintahNya. Jangan sesekali menjadikan agama sebagai permainan dan ditipu dengan dunia serta hawa nafsu. Insafilah♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Washington’s Long War Against Us All, November 16, 2023 Mark Taliano Original Link Here:  Washington’s Long War Against Us All - Global Re...