☆Tadabbur Kalamullah 11 Syaaban 1444H☆
وَإِذَا صُرِفَتۡ أَبۡصَـٰرُهُمۡ تِلۡقَاۤءَ أَصۡحَـٰبِ ٱلنَّارِ قَالُوا۟ رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ
"Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim" [Surah al-Aʿraf 47]
#Allah swt mengatakan apabila golongan Ashabul A'raf mengalihkan pandangan ke arah neraka dan mereka dapat melihat keadaan seksaan dahsyat yang dikenakan kepada ahli neraka.
#Allah swt mahu mereka melihat neraka dan ahli neraka sebagai satu azab untuk mereka. Allah ingin mereka merasa takut yang teramat sangat dengan melihat keadaan yang berlaku didalam neraka.
إِنَّ ٱللَّهَ لَعَنَ ٱلۡكَـٰفِرِینَ وَأَعَدَّ لَهُمۡ سَعِیرًا
"Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang" [Surah al-Aḥzab 64]
لَّیۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِیعࣲ * لَّا یُسۡمِنُ وَلَا یُغۡنِی مِن جُوعࣲ
"Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri. Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun" [Surah al-Ghashiyah 6-7]
#Tatkala mereka melihat ahli neraka, mereka cepat-cepat berdoa kepada Allah agar tidak dimasukkan dalam golongan ahli neraka itu. Hal ini memandangkan mereka sedang berada di tengah-tengah antara syurga dan neraka, maka mereka boleh jatuh ke neraka atau jatuh ke syurga. Sebab itulah mereka sangat ketakutan dan terus berdoa supaya mereka tidak dimasukkan ke dalam neraka.
♡Jangan sesekali beramal dengan amalan ahli neraka. Banyakkan berdoa agar kita semua dijauhkan daripada neraka♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment