Thursday 2 March 2023

JOHN WICK – Wayang tentang Ahli yang sudah jelak dan mahu keluar daripada SISTEM

JOHN WICK – Wayang tentang Ahli yang sudah jelak dan mahu keluar daripada SISTEM

GalleryApr 21, 2021 zulsegamat

Kau nak faham sistem dunia sekarang ni ? Ada dalam wayang John Wick.

Dalam John Wick ni secara dasarnya banyak dia nak sampaikan dalam bab politik, ekonomi, sistem dunia masa kini, sistem pentadbiran, sistem kapitalis, new world order, freemason, iluminati dan juga wang kertas and wang emas.

Sebenarnya kita semua ada yang control dengan cara yang against Allah dan Rasul. Bagi yang berfikir memang dia akan nampak semua ni.

Bagi yang buta, pekak dan bisu, meaning hati tertutup dia akan kata ini teori konspirasi.

Ini bukan teori konspirasi, kau boleh tengok kisah John Wick untuk faham apa tu Freemason.

John Wick ahli Freemason ke ?

Apa yang aku nampak jelas cerita ni ada kaitan dengan Pertubuhan ‘Hidden Hand’.John Wick cuba nak keluar dari Pertubuhan yang dia join yang dia dah angkat sumpah tapi dia tak boleh keluar melainkan dia kena mati. Dia cuba untuk keluar dari kehidupan Assassin dan hidup seperti orang biasa.

Dari chapter 1, 2, 3 kau boleh nampak sedikit demi sedikit hidden hand ni terbongkar siapakah mereka sebenarnya.

Part 1 kau hanya nampak kelibat Winston. Part 2 kau nampak kelibat Santino D Antonio yang suruh bunuh kakak dia sendiri, part 3 kau nampak kelibat lagi tinggi pangkatnya iaitu Elder yang tinggal di padang pasir. Apa pekerjaan Elder masih samar. Lepas ni akan tahu siapa lagi atas Elder tu. Sehinggalah dapat berhubung terus dengan Iblis Laknatullah.

Siapa yang sertai pertubuhan hidden hand ni kau akan nampak kehidupannya kaya. John Wick pun diberikan kemewahan. Bila langgar perintah dan perjanjian, rumahnya dibakar. Masa rumah dia dibakar dia relax je sebab dia tak perlukan pun tu semua dia nak jadi orang biasa taknak lagi join group hidden hand ni. Alam realiti pun sama, siapa yang join group ni kemudian dia keluar akan dikira sebagai belot setelah diberikan kemewahan dan hukumannya adalah mati. Selebriti pun ada yang join tapi mesti kena taat setia.

Otherwise perkataan CONSEQUENCES akan disebutkan maksudnya AKIBATNYA belot kau akan kena tanggung. Dalam John Wick banyak perkataan ni diulang.

Bila kau ada perjanjian dengan MARKER iaitu like baiah, cop dengan darah, kau tak boleh ingkarinya. Maksudnya, if i help u, u must help me, sekiranya kau tak tolong hukumannya juga adalah mati.

John Wick bukan nama sebenar, ada juga orang panggil dia Jonathan, ada juga Baba Yaga tu pun bukan nama sebenar dia tapi nama sebenar dia adalah Jardani Jovonovich. Dia dibesarkan di dalam gereja. Di situ tempat kau dilatih untuk jadi taat setia. Kau boleh tengok penari penari balet di situ bila ketua kata start dia akan bergerak menari, bila kata stop di terus berhenti tanpa banyak songeh lagi.

Ada 1 tempat namanya Hotel Continental, kat sini walaupun kau ada dendam kesumat, kau tak boleh bunuh orang di tempat ‘SUCI’ tu. Fikirkan di mana tempat suci tu sebenarnya ?

Winston adalah orang yang mengurus Continental di kota New York, Sophia mengurus Casablanca Continental, dan Julius mengurus bagian Rome Continental. 3 tempat ini dilarang sama sekali untuk membunuh di situ.

Kau tengok betapa patuhnya mereka ni. Kita di masjid pun berbalah elok2 je walaupun tidak membunuh di situ. Perintah Rasullulah agar tidak berjual beli dalam masjid pun selamba je ostad2 berjual beli dalam masjid.

Polis tahu John Wick ni pembunuh tapi mereka tak boleh buat apa pun dengan John Wick ni. Menjadi tanda tanya kenapa tak tangkap dan tak dakwa John Wick ? John Wick ni ada pengaruh besar.

Sebab tu kau tengok mereka yang ada pengaruh besar ni undang undang tak lut buat mereka semua.

Aturan penting yang jadi kesepakatan para assassins di area Continental adalah mereka tidak boleh saling membunuh.

Jika ada yang melanggar, maka orang tersebut akan diberikan label ‘excommunicado’, yang di mana menghilangkan semua akses dan priveleges dari dunia assassins.

John Wick adalah orang yang sangat tidak beruntung mendapatkan label tersebut kerana dia telah membunuh Santino di Continental dan High Table menggandakan harga kontrak untuk membunuh John Wick.

Alat tukar / Medium Of Exchange / Real Money

Apa lagi menarik, John Wick cuma pakai koin emas atau dinar untuk lakukan sebarang transaksi.

Cuma ada 1 saja transaksi yang disebutkan Dolar iaitu nilai upah untuk bunuh John Wick.

Selain tu semua transaksi pakai koin emas. Kau nampak kan di sini apa yang dia cuba sampaikan ?

Sesama mereka untuk bertinteraksi medium of exchange mereka akan pakai koin emas. John Wick sampai tanam koin emas tu bawah tanah rumah dia.

Koin emas ni dijadikan sebagai medium of exchange yang rasmi. Kalau nak cetak tak boleh koin emas ni, dia pun tekankan di sini bab inflation wang kertas.

Julius sempat menjelaskan secara singkat sejarah pertama kalinya menggunakan sistem koin emas ini sebagai alat tukar mereka.

Viggo bapa kepada Lesof yang curi kereta dan bunuh anjing John Wick, kau tahu kat mana Viggo ni simpan segala harta dia ? Bukan di bank, tapi di gereja siap ada bilik khas. Yang jaga harta dia tu paderi.

Apa yang dia cuba sampaikan tentang agamawan ? Agamawan dan tempat di gereja dijadikan sebagai kubu kuat. Segala aset disimpan di gereja sampailah John Wick pergi hapuskan segala asetnya di situ.

Kita dulu Rasullulah jadikan masjid sebagai centre untuk gerakkan segala kekuatan termasuklah dalam hal ekonomi, strategi perang, pentadbiran negara dan banyak lagi hal yang menjadikan masjid sebagai centre.

Lepas isteri John Wick meninggal, isteri dia ada deliver anjing pakai courier untuk suruh John Wick jaga. Lepas anjing dia nama Daisy tu mati kena tembak, dia ambil anjing lain untuk terus hidup dengannya tapi anjing tu tiada nama.

Dia tekankan dalam cerita ni anjing tu TIADA NAMA sebanyak 2 kali. Why tiada nama ?

Dia ambil anjing sebagai kawannya. Sebab anjing tu isterinya yang bagi sebagai penemannya. Dalam kes ni nampak John Wick tu setialah kan dengan cintanya. Walau aku tak setuju pun sebenarnya. Boleh je dia kahwin lain, nak kahwin berapa pun takpe tak bermakna dia tak setia. Saja aku masukkan part ni walau tiada kaitan pun.

Part 2 ni kau boleh tengok lebih jelas apa yang akan berlaku bila kau salah seorang ahli illuminiti dan kau ingkar arahan dan peraturan. Jawapannya MATI.

Dalam part 2 ni juga kau boleh tengok adanya simbol illuminati.

Banyak simbol illuminati dan Freemason yang ada. Antaranya simbol eye, angka 7 sebagai angka tuhan. 7 million, 7 round bullets.

Consequences Consequences Consequences

Banyak perkataan Consequences / Akibat disebut dalam cerita ni. Why ? Kau bakal menerima akibat bila kau melanggar order / perintah.

Akibatnya apa ? MATI. Itu saja hukumannya seperti yang dah dijalani oleh John Wick sendiri bila dia bunuh Antonio di tempat suci yang dilarang membunuh di situ.

High Table adalah autoriti yang tertinggi dalam dunia assasin JW ni.

Masih belum jelas siapa mereka, tapi mereka adalah sekumpulan pemimpin kriminal yang menguasai ekonomi dan perdagangan. Mereka memberikan peraturan dan barangsiapa yang melanggarnya, mereka berhak memutuskan untuk menghukumnya melalui seorang agen yang dipanggil The Adjudicator.

Salah satu orang High Table yang kita ketahui adalah The Elder yang hidup di tengah padang gurun. Pekerjaannya juga tidak jelas, tapi yang pasti ia adalah orang yang dapat menukar keputusan yang sudah dibuat oleh High Table. Hanya sedikit orang yang tahu siapa dia dan bagaimana cara menemukannya.

Dajjal pun lepas ni sama juga kes nya begitu juga dengan Iblis hanya orang tertentu sahaja yang boleh interaksi dengannya.

Dalam JW part 2, kau boleh tengok Winston punya order cukup hebat. Bila JW tanya kenapa kau tak bunuh aku sebab sepatutnya JW kena hukuman bunuh terus.

Then Winston jawab sebab aku kata kau tak mati lagi. Then nak tunjuk kekuasannya dengan hanya 1 arahan NOW terus semua orang di situ berhenti freeze seperti patung sampailah dia hangguk kepala sekali lagi barulah orang kembali bergerak.

Dia nak cakap apa ? Order dia tu cukup hebat. Perintahnya wajib kena turut.

.

Ahli Hidden Hand ni terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada pelbagai bangsa. Ada dari penyanyi, gangster, pengemis.

Kau takkan sangka dia tu ahli freemason. Yang kenal dia hanyalah ahli ahli tu sendiri.

Itulah geng2 hidden hand ni. Mereka wujud tanpa orang tahu orang asyik berfikir inilah teori konspirasi walhal itu adalah fakta. Mereka sengaja buat jadi samar. Pergerakan mereka sukar untuk dijejak. Mereka boleh masuk semua dalam bidang politik, ekonomi, perubatan, perundangan, perniagaan semua mereka ada.

Setakat Sajat, Alip cukur, Vido, tu celah gigi diorang je.

.

Pangkat yang paling tinggi setakat ni adalah Elder. Actually ada lagi yang tertinggi pangkatnya cuma dia belum muncul. Yang paling atas adalah Iblis laknatullah. Sebab tu ada yang menyembah iblis, boleh berinteraksi dengan Iblis. Apatah lagi lepas ni menantikan ketibaan abang Jal iaitu Dajjal.

Pakat duk nanti, mereka yang bemanhaj sesat, akan fikir Dajjal Al Masih sebagai Isa Al Masih dan mereka menentang Isa Al Masih kerana Isa mereka sangka itulah Dajjal.

Siapa yang cuba tolong John Wick memang dia akan menerima padah dan hukuman.

Ada seorang Doktor je yang terlepas bila tolong John Wick itupun sebab dia suruh John Wick tembak dia di rusuk agar dia tak mati untuk menampakkan dia diugut oleh John Wick bukan saja2 nak tolong.

Sampai macam tu sekali kerana takut geng2 hidden hand tahu dia telah membantu John Wick.

Geng hidden hand ni dia ada sistem pentadbiran dan pengurusan dia sendiri. Ada ekonomi sendiri boleh tengok pihak pengurusannya. Bila terima je order, order tu akan digunapakai.

Kau akan tengok staf mereka cepat bekerja bila terima saja order. Mereka boleh pinda terus order tersebut tanpa banyak songeh.

Kalau kat tempat kita nak pindah undang undang British kepada Hukum Allah kau tengok dia punya progress tu macam mana ? Walaupun nama negara islam hanya sekadar nama sahaja. Disebabkan apa ? 

Pemerintahan pun ikut cara kafir, walaupun mereka jauh, tapi remote ada dengan mereka, sekali picit je terus bergerak segala puppet yang duk ada ni termasuklah agamawang tu sendiri.Chapter 4 nanti mungkin akan tengok individu yang ada pangkat lebih tinggi lagi. Mungkin jumpa Iblis di singgahsananya.

Nak jumpa Elder pun pelbagai petunjuk / sign kena buat. Baiah dengan Elder sampai kena potong jari dan dicop dengan cop panas. 

Kalau persatuan orang islam yang ada di Malaysia ni bergerak dengan hebat sepertimana geng geng Hidden Hand ni nescaya orang islam makin hebat dan dapat bangkit.

Tapi apakan daya nak satukan orang islam ni, di masjid pun berapa kerat je yang datang. Apakan pula nak penuhkan masjid dan satukan hati orang islam agar kembali ke jalan Allah dan Rasul.

Bab riba pun dah failed. Siap halalkan lagi. Macam mana nak kuat ?

Part 3 kau boleh tengok bagaimana John Wick diburu kerana dia melanggar perintah hidden Hand. Sampai orang tawar usd14 juta dollar untuk orang yang boleh bunuh John Wick ni.

Nak cakap apa ? By Hook or by crook siapa yang langgar arahan hidden hand jawapannya MATI. Mereka pun ada ‘baiah’ versi mereka.

Aku boleh katakan apa yang mereka buat cara JAHAT ni berjaya hingga melumpuhkan segala pelusuk umat. Yang kaya makin kaya iaitu mereka, dan miskin makin miskin.

Mereka ni tidak peduli kepada agama, tapi first yang mereka ANTI adalah ISLAM kerana ISLAM agama syumul, kaffah, merangkumi semua hukum Allah yang melarang segala kerja jahat mereka.

Allah haramkan riba, judi, arak, zina, tapi inilah main income mereka lakukannya sampai kini.

Allahu’alam… Wassalam.


No comments:

Post a Comment

  What mainstream media didn’t tell you about Iran’s attack (and other news) – Day 360 contact@ifamericansknew.org   October 2, 2024   iran ...