Thursday 2 March 2023

HATI-HATI, Lebih Separuh, Racun Makhluk Perosak Dikesan Dalam Sayur & Beras

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebookkami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Mac 2023 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna supaya berhati-hati dengan jumlah racun makhluk perosak yang tinggi yang dikesan dalam sayuran dan beras dijual di pasaran.

Berdasarkan kajian yang dijalankan pihak CAP, 87.5% sayuran dan 55% daripada beras didapati mengandungi racun makhluk perosak.

“Dalam kajian itu sejumlah 112 sampel sayuran dan 20 sampel beras diuji bagi kehadiran racun makhluk perosak. Daripada 98 sampel atau 87.5% sayuran dan 11 sampel atau 55% daripada beras didapati mengandungi racun makhluk perosak,” kata Presiden CAP, Hj. Mohideen Abdul Kader.

BACA JUGA: Banjir: TUDM Lakukan Penerbangan Ihsan Selamatkan Wanita Mengandung

BACA JUGA: CPTPP Tidak Beri Impak Negatif Kepada Sektor Pertanian

BACA JUGA: Sedekad Tragedi Hitam Lahad Datu

Sampel itu dibeli daripada pelbagai kedai seperti pasar raya, pasar raya besar, pasar basah, pasar mini dan kedai runcit di sekitar Pulau Pinang. Ia kemudiannya diuji bagi racun makhluk perosak di Korea.

Ujarnya lagi, kebanyakan sayuran yang diuji adalah daripada kebun di Ara Kuda yang merupakan kawasan penanaman utama sayuran di Pulau Pinang. Sayuran yang ditanam di sini juga dibekalkan ke negeri sekitarnya iaitu Kedah, Perlis dan Perak.

“Daripada hasilnya didapati jumlah racun makhluk perosak yang tinggi dan berlebihan digunakan dalam sayuran yang diuji. Selain itu, didapati terdapat juga racun makhluk perosak yang diharamkan oleh negara Kesatuan Eropah (EU) digunakan di Malaysia. Apa yang paling mengejutkan ialah kehadiran sehingga 35 sebatian dalam satu sayuran.”

Bukan itu sahaja, selain menggunakan racun makhluk perosak yang berlebihan, petani juga menggunakan racun makhluk perosak yang diharamkan atau tidak dibenarkan ada di dalamnya.

“Hasil ujian itu juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa tanaman didapati mengandungi racun makhluk perosak yang tidak dibenarkan ada di dalamnya. Contohnya, racun makhluk perosak Abamectin yang hanya dibenarkan untuk digunakan dalam buahan seperti tembikai, timun dan tomato, ditemui dalam daun saderi dan daun bawang. Carbofuran yang dibenarkan hanya dalam beras ditemui dalam beberapa sayuran berdaun. (Carbofuran akan diharamkan bermula Mei 2023). Sampel itu juga didapati mengandungi racun serangga seperti Malathion dan Metaflumizone.”

Katanya lagi menerusi kenyataan yang dikeluarkan, kajian itu juga mendedahkan bahawa Kerajaan menggalakkan penggunaan racun makhluk perosak memandangkan petani diberikan bantuan kewangan untuk membelinya.

Berikutan itu, CAP menggesa pihak berkuasa untuk melakukan beberapa perkara antaranya melakukan ujian secara tetap terhadap barangan makanan di pasaran bagi paras kandungan racun makhluk perosak, mengumumkan hasilnya supaya pengguna boleh mengelakkan barangan makanan yang didapati mengandungi racun makhluk perosak menguatkuasakan dengan tegas Jadual Enam Belas (Peraturan 41) Peraturan Makanan 1985, menguatkuasakan dan memantau amalan pertanian yang baik dan mengadakan program pendidikan bagi petani untuk mendidik mereka mengenai bahaya penggunaan racun makhluk perosak.

“CAP amat memandang serius perkara ini dan dengan itu menggalakkan pengguna supaya menanam sayuran organik mereka sendiri,” tegas Hj. Mohideen lagi.

Like this:

Loading...



👉The views expressed in this article are the author’s own and do not necessarily reflect my stance @donshafi911.

No comments:

Post a Comment

  Israel tramples everything in its path as White House tries to keep up – Day 359 contact@ifamericansknew.org   October 1, 2024   arms to i...