Thursday 2 March 2023

Filem Mentega Terbang disahkan bertentangan dengan akidah Islam

PUTRAJAYA: Hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap kandungan filem 'Mentega Terbang' mendapati, terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), supaya tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), juga diminta memanggil pihak yang terbabit dengan penerbitan filem itu untuk urusan selanjutnya.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam, lebih-lebih lagi boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia.

"Saya juga ingin menasihatkan kepada penggiat seni kreatif agar lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat, agar matlamat kerajaan menuju negara MADANI akan tercapai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na'im turut menasihatkan masyarakat lebih berhati-hati memilih rancangan televisyen untuk tontonan keluarga, sama ada dalam mana-mana platform supaya tidak terdedah kepada unsur yang boleh menjejaskan akidah Islamiah.

Sebelum ini, filem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platfrom penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.


👉The views expressed in this article are the author’s own and do not necessarily reflect my stance @donshafi911.

No comments:

Post a Comment

  Geoengineering – The Threat to Humanity and Our Earth – Conversation with Dane Wigington – Truth, Science and Spirit Ep 36 Ana Maria Mihal...