Wednesday, 3 April 2024

 Bisikan Ruh Ramadhan 7



Tarbiyyah Al Quran di bulan Ramadhan.


Ramadhan datang dengan satu pakej pentarbiyyahan yang lengkap kepada diri manusia. Ia datang dengan mukjizat besar untuk ummat ini iaitu wahyu Al Quran yang dijamin terpelihara sehingga kiamat.


إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ‎﴿الحجر: ٩﴾‏


Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (9)


(Al Hijr: 9)


هُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ عَلَىٰ عَبْدِهِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لِّيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَإِنَّ اللَّهَ بِكُمْ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ ‎﴿الحديد: ٩﴾‏


Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu. (9)


(Al Hadid: 9)


 Sesungguhnya Tarbiyyah Al Quran adalah Tarbiyyah Rabbaniyyah yang bersumberkan daripada Allah ta’ala  dan kembalinya jua kepada Allah 'azza wa jalla. Ianya menggambarkan kesempurnaan pakej tarbiyyah Ramadhan.


Justeru, Pakej Tarbiyyah Al Quran antaranya terdiri daripada :


1. Tadarus dan tilawah Al Quran


كِتَـٰبٌ أَنزَلْنَـٰهُ إِلَيْكَ مُبَـٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ﴿٢٩﴾


Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.


(Shaad : 29)


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾


Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.(57)


(Yunus : 57)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ تَعَالَى يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ


Dari Abu Hurairah dari Nabi ‎ﷺ  Baginda bersabda: 


Tidaklah sebuah kaum berkumpul di dalam rumah di antara rumah-rumah Allah ta'ala, membaca kitab Allah, dan saling mempelajarinya di antara mereka melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, mereka diliputi rahmat, serta dikelilingi malaikat, dan Allah menyebut-nyebut mereka di antara malaikat yang ada di sisiNya.


(HR Muslim)


عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ


 Dari 'Ubaidallah bin 'Uqbah bahwa Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma berkata: 


Nabi ‎ﷺ  adalah orang yang paling lembut (dermawan) dalam segala kebaikan. Dan kelembutan Baginda yang paling baik adalah ketika bulan Ramadhan ketika Jibril alaihissalam datang menemui Baginda. Dan Jibril Alaihissalam datang menemui Baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan (untuk membacakan Al Qur'an) hingga Al Qur'an selesai dibacakan untuk Nabi ‎ﷺ  . Apabila Jibril Alaihissalam datang menemui Baginda, maka Baginda adalah orang yang paling lembut dalam segala kebaikan melebihi lembutnya angin yang berhembus


(HR Bukhari)


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ

(رواه أحمد)


Daripada Abdullah bin 'Amru radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Rasulullah ‎ﷺ  bersabda : 


Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata,’Wahai Tuhanku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwat, karenanya perkenankan aku untuk memberikan syafaat kepadanya’. Dan Al-Qur’an pula berkata,’Saya telah menegahnya dari tidur pada malam hari, karenanya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya.’ Baginda bersabda, ‘Maka syafaat keduanya diperkenankan.’” 


(HR Ahmad)


Rasulullah ‎ﷺ juga bersabda,


اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه. 


Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya


 (HR Muslim)


2. Qiyamullail


Setelah Al Quran diturunkan kepada Rasulullah ‎ﷺ pada bulan Ramadhan iaitu dalam peristiwa Nuzul Al Quran, Baginda telah diperintahkan untuk berqiyamullail sebagai satu skima tarbiyyah yang bertujuan mengukuhkan jiwa Rasulullah ‎ﷺ dan para sahabat. 


يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ ‎﴿١﴾‏ قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا ‎﴿٢﴾‏ نِّصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا ‎﴿٣﴾‏ أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا ‎﴿٤﴾‏ إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا ‎﴿٥﴾‏ إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا ‎﴿٦﴾‏  ‎﴿المزمل:١-٦﴾‏


Hai orang yang berselimut (Muhammad),bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),(yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat.Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu') dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).


( Al Muzzammil: 1-6)


Oleh itu, pentarbiyyahan untuk pengukuhan jiwa di bulan Ramadhan dapat dilakukan melalui qiyamullail.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

(رواه البخاري)


Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah ‎ﷺ  bersabda: 


Barangsiapa mendirikan Ramadhan (dengan ibadat) kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.


(HR Bukhari)

 

Qiyamullail di bulan Ramadhan di mulai dengan solat maghrib dan isya' berjamaah, solat tarawih samaada berjamaah atau tidak, solat tahajjud, solat witir, membaca Al Quran dan berzikir serta berdoa sehinggalah ke waktu sahur.


3. Istighfar di waktu sahur


 إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ ﴿١٥﴾ ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتَىٰهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَ‌ٰلِكَ مُحْسِنِينَ﴿١٦﴾ كَانُوا۟ قَلِيلًا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ﴿١٨﴾ 


orang-orang yang bertakwa itu berada dalam taman-taman (surga) dan mata air-mata air,(15) sambil menerima segala pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.(16) mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.(17) Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.( waktu sahur ) (18)


(Az Zaariat : 15-18)


4.  Puasa bermatlamat untuk menyempurnakan taqwa iaitu menjunjung seluruh ketaatan samaada yang wajib atau yang sunat dan meninggalkan seluruh larangan samaada yang haram mahupun yang makruh.


Berkata Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Thalib RA :


التقوى هي الخوف من الجليل والعمل بالتنزيل والاستعداد للرحيل 


" Taqwa ialah takut kepada Tuhan Maha Perkasa, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, bersedia bagi hari yang dia berangkat menuju kepadanya dan redha dengan perkara sedikit yang diberi oleh Allah."


Al Imam Ghazali Rahimahullahu ta'ala berkata : 


التقوى في القرأن تطلق على ثلاث معاني:أحدها : بمعني الخشية و الهيبة.والثاني: بمعنى الطاعة و العبادة.و الثالث: بمعنى تنزيه القلب عن الذنوب، و هذا هو الحقيقة. ( نقل من كتاب المذاكرة للإمام الحداد )


" Taqwa di dalam Al Quran menunjuk kepada tiga pengertian :


1. Pengertian takut dan haibah ( disertakan dengan membesarkan Allah )

2. Pengertian taat kepatuhan dan ibadat

3. Pengertian membersihkan hati daripada kotoran dosa dan ini adalah hakikatnya yang sebenar.


( Nukilan dari Kitab Al Muzakirat oleh Imam Al Haddad )


Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahwa Rasulullah ‎ﷺ  bersabda:


“اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ صَائِمًا فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ، فَلْيَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ (مَرَّتَيْنِ)، وَالَّذِيْ نَفْسِي بِيَدِهِ، لَخُلُوْفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ تَعَالَى مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ، يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي، اَلصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا.”


“Puasa itu adalah perisai. Oleh karena itu, jika salah seorang di antara kalian berpuasa, maka janganlah dia berkata-kata kotor dan tidak juga berlaku bodoh. Jika ada orang yang memerangi atau mencacinya, maka hendaklah dia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa’ (sebanyak dua kali). Demi Rabb yang jiwaku berada di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah Ta’ala daripada aroma minyak kesturi, di mana dia meninggalkan makanan, minuman, dan nafsu syahwatnya karena Aku (Allah). Puasa itu untuk-Ku dan Aku akan memberikan pahala karenanya dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya.”


(HR Bukhari dan Muslim)


عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ مِنْ النَّارِ


Dari 'Aisyah Radhiyallahu ‘anha dari Nabi ‎ﷺ  bersabda: 


Puasa itu adalah perisai dari api neraka,


(HR Nasaie)


5. Bermujahadah terhadap nafsu agar tunduk kepada mentaati Allah ta’ala.


وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,(40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).(41) 


(An Naazi'at : 40-41)


Bermujahadah bererti berusaha mendidik dalam menundukkan keinginan nafsu dalam melakukah kepatuhan taat kepada Allah ta'ala.


عن فَضَالَة بْنَ عُبَيْدٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي اللَّهِ( أخرجه أبو داود، 2500)


Dari Fadhalaah bin 'Ubaid berkata ia: Aku mendengar Rasulullah ‎ﷺ  bersabda : " Mujahid itu ialah seorang yang menunduk dan memaksa nafsunya pada ( mentaati ) Allah”.

 

(HR Abu Daud)


6. Memperbanyakkan sadaqah.


 Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma berkata :


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة


Rasulullah ‎ﷺ  adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah ‎ﷺ  melebihi angin yang berhembus.


(HR. Bukhari, no.6)


7. Memburu dan merebut kemuliaan Lailatul Qadar


Dari Abu Hurairah, dari Nabi ‎ﷺ  bersabda:


مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa melaksanakan salat pada malam lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.


(HR. Bukhari, 1901)


Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan bahwa yang dimaksud ‘إيمانا’ (kerana keimanan) adalah membenarkan janji Allah yaitu pahala yang diberikan (bagi orang yang menghidupkan malam tersebut). 


Sedangkan ‘احتسابا’ bermakna mengharap pahala (dari sisi Allah), bukan kerana mengharap lainnya iaitu contohnya berbuat riya’ untuk mendapat pujian manusia.


Justeru, ambillah dan rebutlah peluang Ramadhan kali ini dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk persiapan menemuiNya. Untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun yang akan datang ianya suatu yang pasti lagi. Kalaulah ini Ramadhan terakhir buat kehidupan yang fana' ini.




ABi



No comments:

Post a Comment

 # The crimes of Winston Churchill [Crimes of Britain](safari-reader://medium.com/@write_12958?source=post_page-----c5e3ecb229b3------------...