Saturday 12 August 2023

 BISKUT UNTUK PESAKIT DIABETIS


1. Saya tidak menggalakkan pesakit diabetis mengambil biskut yang ada di pasaran kerana ia adalah produk karbohidrat ringkas dan mempunyai tahap GI yang tinggi. Sudah pasti meningkatkan tahap gula dengan cepat.

.

2. Ini kerana biskut diperbuat dari tepung gandum, mentega, gula dan tambahan seperti coklat dan susu.

.

3. Pengambilan biskut yang terlalu banyak (melebihi satu keping) dan terlalu kerap menyebabkan tahap gula yang sukar dikawal boleh mempercepatkan pesakit mendapat komplikasi diabetes.

.

4. Jika ingin mengambil biskut, cuba perhatikan jenis tepung yang digunakan. Penggunaan tepung jagung dan tepung ubi adalah lebih baik kerana ia gluten-free, tetapi kandungan karbohidrat lebih kurang sama. Saya cadangkan ambil biskut wholemeal dari tepung jagung atau tepung ubi. 


5. Cuba perhatikan kandungan transfat di dalam biskut itu. Pastikan biskut itu free-transfat atau rendah-transfat.


6. Pilih biskut yang tiada gula atau biskut kering. Boleh dicicah dengan teh o kosong atau kopi onkosong, dan ditambah stevia.


7. Ambil sekeping atau dua keping kosong bersama, telur atau sedikit daging ikan atau ayam, dan sayur-sayuran seperti timun, tomato dan lobak. Satu sudu minyak zaitun dan satu sudu cuka buah teen juga membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah. 


Semoga bermanfaat.


#HealthDrZubaidi


https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/oleva-stevia-12ml




No comments:

Post a Comment

  Germany Is the EU’s Censorship Champion Robert Kogon Note that X, rebranded as a “free speech platform,” provides information on platform ...