Saturday 12 August 2023

 Alhamdulillah pagi ini saya tersedar 430AM. Rasa segar walaupun semalam saya tidur 12 tengah malam mengikuti keputusan PRN. Mungkin saya ada tidur sekejap tengahari smlm. Saya tak ambil melatonin.


Saya ambil satu sudu besar minyak zaitun OPU dan segelas air kosong. Kemudian secawan keto- koko OLEVAGREEN.


Baru ini saya terkejut juga mendapat berita ada anak muda yang rebah dan meninggal dunia di stadium bola. Mungkin terlalu teruja, jantung yang bermasalah terus berhenti.


Cardiac Arrest boleh berlaku pada sesiapa sahaja terutama yang ada masalah degupan jantung walaupun tiada masalah penyakit metabolik.


Jika kita rasa degup jantung kita tidak menentu, eloklah mendapat pemeriksaan ECG untuk memastikan masalah ini. Jika telah dikenalpasti, dapatkan rawatan yang sebaiknya. 


Walau bagaimanapun kadangkala ia berlaku tanpa kita duga. Jika kita tahu tentu kita buat persiapan awal. Kematian adalah pasti dan atas ketentuan Allah. Kita hanya mampu berusaha yang terbaik.


Jika kita takut mati, buatlah persiapan untuk Akhirat. Berusaha di dunia untuk sihat. Jaga pemakanan, banyak bergerak, tidur yang cukup, kawal stress, dan ambil suplemen yang sesuai. Jangan lupa untuk berdoa.


Saya amalkan minyak zaitun OPU, IMMUNE BOOSTER untuk meningkat tahap daya tahan tubuh, vitamin C dan vitamin E TOCOTRIEONOL SOFTGEL OLIVE HOUSE, Co-enzyme Q10 untuk tingkatkan tenaga dan Minyak Ikan Omega 3 untuk menurunkan tahap keradangan tubuh.


Semoga Allah panjangkan umur dan berikan kesihatan dan tenaga untuk kita melakukan amalan yang baik. Amin.


#HealthDrZubaidi 

Dr Zubaidi Hj Ahmad 

13.08.2023




No comments:

Post a Comment

  Israel tags Palestinian journalists for assassination – Day 382 contact@ifamericansknew.org   October 24, 2024 ethnic cleansing ,  general...