Wednesday, 12 July 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 24 Zulhijjah 1444H☆


لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَاۖ 


"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita" [Surah at-Tawbah 40]


#Allah swt menurunkan ayat ini kerana ingin mengingatkan kita semua bahawa Allah swt sentiasa ada bersama kita dalam keadaan sedih sekalipun. Allah swt akan sentiasa memberikan kenikmatan yang begitu besar ketika hambanya berhasil menghadapi ujian di sepanjang kehidupan ini dengan tabah, redha dan bergantung padaNya.


#Ujian demi ujian yang datang, tekanan demi tekanan yang menjelma tanpa dipinta begitu perit sekali untuk dihadam dan diterima. Kebanyakan manusia terkedu lidah membeku dengan dugaan yang melekat di sudut kehidupan. Air mata mengalir kesedihan, memadam ketenangan hati seorang insan. Sewaktu dihimpit kedukaan, perjalanan hidup terasa lemah dan longlai. Lalu apakah penawar duka dan sengsara kehidupan ini?. Apakah ubat yang mujarab bagi mengubati sengsara ini?


#Allah menjawab dalam ayat diatas, jangan bersedih wahai manusia, Allah kan ada bersama kita?. Hanya Allah yang boleh menolong kita. Allahlah yang boleh menghapuskan kedukaan dan keresahan dihati kita. 


فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا * إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرࣰا 


"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" [Surah ash-Sharḥ 5-6]


#Hadapilah musibah dengan hati yang kental dan berani. Mintalah kekuatan daripada Allah dan rapatlah kepada orang-orang yang selalu berpikiran positif.


#Berkata Wahb bin Munabbih rahimahullah (salah seorang tokoh besar Tabi'in dan ahli dalam bidang sejarah. Lahir pada 34H. Berasal dari Arab Selatan dan berketurunan Parsi):


"Segala sesuatu bermula dari kecil lalu membesar kecuali musibah. Sebuah musibah pertamanya nampak besar, namun lama kelamaan akan terasa kecil" (Lihat: Hilyatul Awliya)


♡Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita. Yakinlah bahawa Allah berkuasa memindahkan duka derita kepada bahagia. Jadikanlah doa, solat dan al-Quran sebagai cahaya dalam jantung hati kita. Alunkanlah zikir munajat pada Allah sebagai terapi dada yang sesak, nescaya damai, tenang dan tenteram seluruh jiwa dan kehidupan♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  How Yemen is redefining regional power Yemen's bold preemptive strike against US naval forces using sophisticated intelligence methods...