Friday, 28 July 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 11 Muharram 1445H☆


وَقَالَ لَهُمۡ نَبِیُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكࣰاۚ قَالُوۤا۟ أَنَّىٰ یَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَیۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ یُؤۡتَ سَعَةࣰ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَیۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةࣰ فِی ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ یُؤۡتِی مُلۡكَهُۥ مَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمࣱ 


Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya" [Surah al-Baqarah 247]


#Di dalam ayat ini, Allah swt menceritakan tentang kisah Bani Israel yang menolak perlantikan Talut sebagai raja mereka kerana dia bukan dari keturunan raja dan bukan dari kalangan orang yang berharta.


#Kaumnya tidak dapat terima hakikat yang Talut telah dilantik menjadi raja atau pemimpin mereka. Dia seorang yang tidak dikenali dan bukan daripada golongan kaya atau bangsawan.

 

#Kaumnya tidak berpuas hati kerana mereka yang mahukan kedudukan dan jawatan itu. Mereka berhujah dengan mengatakan mereka lebih layak kerana mereka ada pengaruh dan juga ada banyak harta. Ini kerana mereka memandang jawatan dengan kedudukan keduniaan. Pada mereka, kalau kaya atau berpengaruh, itulah orang yang layak. Amat cetek dan dangkal sekali cara pemikiran mereka. Dan inilah juga cara pemikiran sebahagian manusia pada hari ini.

 

#Dalam ayat ini, Allah swt menyebut dua ciri utama yang ada pada Talut yang melayakkan dia dipilih menjadi raja, iaitu keluasan ilmu dan kekuatan tubuh badan. Allah ‎telah beri kelebihan kepada Talut kerana dia mempunyai kegagahan tubuh badan dan keberanian serta dia ada keluasan dalam ilmu memimpin dan sesuai untuk menjadi pemimpin. Apa guna kalau ada harta tetapi lemah dan tidak tahu memimpin?


#Bahkan keturunan dan harta bukanlah perkara yang utama untuk melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin yang baik dan berwibawa.


#Ingatlah Allah swt berhak melantik sesiapa yang dikehendakiNya sebagai ketua atau pemimpin. Allah tidak perlu pun untuk memberi penjelasan kepada mereka kenapa Dia pilih Talut. Siapa mereka yang Allah swt perlu ikut kehendak mereka?


♡Hari ini ramai yang berpendapat bahawa pemimpin yang ada sekarang kurang prihatin, tidak layak, tidak sesuai menjadi pemimpin dan perlu diganti. Allah telah menyebut dalam kalamNya ciri-ciri pemimpin yang selayaknya untuk dilantik menjadi pemimpin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...