Thursday, 27 July 2023

 

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

28 Julai 2023 / 10 Muharram 1445H

Hakikat Hijrah Menurut Islam

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah (s.w.t) dengan mematuhi segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita menjadi insan yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki akhlak serta peribadi kita. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Saudaraku yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita panjatkan kesyukuran kita terhadap Allah (s.w.t) atas segala bentuk nikmat serta kurniaan-Nya. Dan di antara nikmat besar yang diberikan adalah nikmat peluang serta kesempatan untuk bertemu dengan tahun baru Islam serta bulan yang mulia ini. Iaitu bulan Muharram. Bulan di mana Islam menganggapnya sebagai salah satu bulan suci di sisi Allah (s.w.t). 

Bulan Muharram merupakan bulan pertama bagi tahun hijriah. Dari itu, kita sering menghayati akan kisah hijrah Nabi (s.a.w.) dari Mekkah ke Madinah Al-Munawwarah pada bulan yang mulia ini

Perhatikan firman Allah (s.w.t.) berkaitan fadilat dan kelebihan yang dikurniakan serta ganjaran daripada hijrah. 

Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Surah An-Nisa: 100]

Saudaraku,

Berbicara tentang hijrah, terdapat keperluan untuk kita memahami bahawa konsep hijrah di sisi Islam itu lebih luas dari suatu pemindahan secara fizikal.

Ketahuilah bahawa hijrah tidaklah hanya pada perpindahan secara fizikal dari suatu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi, hakikat hijrah adalah dengan meninggalkan segala yang ditegah oleh Allah (s.w.t). Baginda (s.a.w) bersabda: 

المُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ

Yang bermaksud: “Seorang yang berhijrah adalah mereka yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah (s.w.t)” [Hadis riwayat Imam Ahmad]

Dari itu, dengan tibanya bulan Muharram yang mulia ini, saya rasa adalah sesuai untuk kita menanamkan tekad di dalam hati masing-masing untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sekiranya sebelum ini kita terbiasa melakukan kemungkaran serta kemaksiatan. Maka, pada tahun baru ini, kita berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa tersebut.

Bahkan, khutbah sepanjang bulan ini memberi penumpuan kepada aspek kekeluargaan. Saya ingin mengajak setiap antara kita untuk berfikir sejenak. Apakah perubahan yang boleh kita laksanakan demi kesejahteraan keluarga kita. Adakah terdapat di sana hubungan yang perlu kembali dijalinkan? Ataupun perselisihan yang perlu untuk dicari jalan huraian? Ataupun keadaan keagamaan antara keluarga kita yang perlu dipertingkatkan. Maka jadikan bulan ini sebagai bulan untuk kita menanam tekad, membawa kepada perubahan.

Itulah hakikat hijrah sepertimana yang diajar oleh Baginda (s.a.w). Iaitu perubahan ke arah yang lebih baik.

Semoga dengan keberkataan bulan yang mulia, serta keberkatan hari ini yang mana merupakan hari Ashura, Allah (s.w.t) mencatit nama-nama kita agar tergolong daripada golongan mereka yang mulia. Serta dikurniakan kepada kita keberkatan pada kehidupan kita sekeluarga. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. 

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ  يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.


No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...