Friday, 28 July 2023

 https://t.me/hadisharian_ikram/3219

1 Hari 1 Hadis, [Jul 27, 2023 at 05:24]

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Sayangi Manusia Lain


عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ


Daripada Jarir bin Abdullah RA berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia." (HR Bukhari  No: 6828) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang.


2.  Menyayangi sesama manusia dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain yang berada di sekeliling antaranya seperti sabda Rasulullah SAW: 


حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ


Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR Muslim No: 4023) Status: Hadis Sahih


3.  Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya


4.  Sayangilah orang lain dengan sikap prihatin terhadap orang yang berada di sekeliling tanpa mengira Muslim mahupun non Muslim agar kita sentiasa disayangi.


5.  Jauhilah sifat benci, dengki, sakit hati sesama kita juga kaum, bangsa, kumpulan dan lain-lain. Jadikanlah perbezaan kumpulan, bangsa untuk kita saling berkenal mesra dan menyebarkan kebaikan agar kita menjadi qudwah kepada mereka.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


27hb Julai 2023

09hb Muharam 1445H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram



https://t.me/hadisharian_ikram/3220

1 Hari 1 Hadis, [Jul 28, 2023 at 05:18]

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Jadilah  Pengasih Untuk Dirahmati Allah


سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ


Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" (HR Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim


2.  Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga.


3.  Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya  ialah sifat  membantu mereka yang sedang menghadapi musibah,  sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.


4.  Kasihilah orang lain dengan mendoakan kebaikan, memaafkan mereka, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.


5.  Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial.


Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak. 


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


28hb Julai 2023

10hb Muharam 1445H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram



https://t.me/hadisharian_ikram/3221

1 Hari 1 Hadis, [Jul 29, 2023 at 05:28]

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Menyayangi Untuk Disayangi


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ


Daripada Abdullah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit” (Mu’jam Awsat li al-Tabarani No: 9009) Maktabah al-Maarif  Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Menjadi tanggungjawab setiap Muslim memiliki sifat penyayang mengikut panduan syarak.


2.  Orang yang menyayangi makhluk nescaya Allah akan menyayanginya


3.  Orang yang mengasihi orang lain, dia akan disayangi oleh penghuni dilangit


4.  Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani


5.  Kongsikanlah nilai mengasihi orang lain dalam kita membina semangat setiakawan sesama rakyat Malaysia.

  

Berusahalah menyayangi orang lain. Jauhi prasangka buruk, membuat tuduhan, menghukum, memberi gelaran buruk dan memfitnah terhadap orang lain. Elakkan permusuhan dan persengketaan. Pereratkan yang dekat, rapatkan yang jauh.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


29hb Julai 2023

11hb Muharam 1445H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram




No comments:

Post a Comment

  West is ‘completely delusional’ over Ukraine and will pay dearly for this mistake, warns Orbán Ahmed Adel Ahmed Adel is a Cairo-based geop...