Tuesday, 4 July 2023

 JIWA TARBAWI 847


Kehidupan dunia hanyalah di antara TARIKH LAHIR sehingga TARIKH MATI seseorang itu.


Tarikh lahir hanya diingati dan diperingati. Namun, yang sedang meniti dan menanti ialah tarikh mati.


Beruntunglah seorang yang dapat merenungi urusannya dengan TUHAN dan urusannya dengan MANUSIA  di saat usianya yang berbaki dan ketika nyawanya sudah di penghujung.


Dia beruntung kerana Allah ta'ala memberinya ruang masa dan peluang, untuk dapat ia merenung hari-hari baki kehidupannya, meniti saat-saat kematiannya yang pasti walaupun tidak tahu lagi bila kunjung tibanya.


Sehingga dosa-dosanya yang lalu itu kelihatan jelas satu persatu di mata hati, lalu ia merasakan betapa ia tidak punya cukup ruang dan masa untuk ia memohon keampunan dan bertaubat bagi setiap dosa-dosanya itu.


الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت


“Orang yang paling cerdik ialah seorang yang menilai dirinya dan beramal untuk hidup selepas mati.”


(HR Ahmad, 16501)


طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس 


"Beruntunglah bagi siapa yang keburukan aibnya menyibukkannya daripada diaibukkan oleh keburukan aib manusia.”


(HR Ad Dailami)


إذا أراد الله بعبد خيرا زهده في الدنيا ، ورغبه في الآخرة ، وبصره بعيوب نفسه 


“Apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi seseorang hamba, Ia menjadikannya zuhud di dunia, Ia menjadikannya cenderung kepada akhirat, dan Ia menampakkannya akan keaiban-keaiban dirinya”


(HR Abu Mansur Ad Dailami)



Mengingati tarikh lahir adalah untuk mengingatkan saat kematian.





ABi

No comments:

Post a Comment

  West is ‘completely delusional’ over Ukraine and will pay dearly for this mistake, warns Orbán Ahmed Adel Ahmed Adel is a Cairo-based geop...