Tuesday, 4 July 2023

 https://t.me/JiwaTarbawi/1213

Jiwa Tarbawi, [Jun 28, 2023 at 20:23]

Nota Dari Tanah Haram




JIWA TARBAWI 848


Iman dan takwa menjadi manusia di sini berlumba-lumba dan bersegera mengejar ibadah, mengejar masjid, mengejar pahala, sehingga sanggup bersusah payah bermati-matian dalam menyembah beribadah dan dipersembahkan kepada Allah ta’ala.


Itulah soal keperayaan dan keyakinan!


 يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ ‎﴿الإنشقاق: ٦﴾‏


Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). (6)


(Al Insyiqaq: 6)


Percaya dan yakin bahawa


Manusia itu hamba


Kerjanya untuk beribadat


Kehidupan dunia adalah untuk akhirat


Yang menyuruhnya ibadat ialah Allah, Tuhan Pencipta manusia


Yang menerima ibadat itu hanyalah Dia


Yang memberi pahala juga hanya Dia


Yang menghisab pahala dan amalan juga Dia


Yang menimbang dosa dan pahala hanyalah Dia


Di penghujung hanya ada syurga atau neraka.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ‎﴿آل عمران: ١٨٥﴾‏


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (185)


( Ali ‘Imran: 185)


Justeru berlumba dan bersegeralah atas kepercayaan dan keyakinan mu kepada Allah, Tuhanmu.




 ⁃ menjelang tengah malam Al Mukarramah



https://t.me/JiwaTarbawi/1214

Jiwa Tarbawi, [Jul 1, 2023 at 18:19]

Nota Dari Tanah Haram




JIWA TARBAWI 849


Di Haramain inilah turunnya Al Quran. Lebih 6000 ayat, 114 surah. Turun sebagai perkhabaran dan melalui isu dan peristiwa. Selama 23 tahun padat dengan perjuangan dan panduan hidup.


Inilah bumi Wahyu.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ‎﴿يونس: ٥٧﴾‏


Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (57)


(Yunus: 57)


الر كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ ‎﴿ابراهيم: ١﴾‏


Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (1)


(Ibrahim: 1)


Bumi yang telah menyaksikan pahit getir perjuangan Ar Rasul ‎ﷺ . Bumi yang menyaksikan segala syirik dan khurafat dihancurkan. Bumi yang menjadi saksi ketinggian kalimah Allah ta’ala ‘Azza wa Jalla.



وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا ‎﴿الإسراء: ٨١﴾‏


Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (81)


(Al Isra’: 81)


وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ‎﴿التوبة: ٤٠﴾‏


dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (40)


(At Taubah: 40)



Justeru, tiada lagi yang selain petunjuk Al Quran yang engkau perlukan untuk menjuruskan kehidupanmu ke syurga.




 ⁃ dari Bumi Wahyu



https://t.me/JiwaTarbawi/1215

Jiwa Tarbawi, [Jul 2, 2023 at 22:25]

Nota Dari Tanah Haram


JIWA TARBAWI 850



Tadabbur dari bacaan Imam Masjid solat isya’ malam ini. Dari surah Zukhruf yang merupakan surah makkiyyah. Menjadi berita gembira kepada para hamba Allah yang beriman. Dan menjadi khabar ancaman kepada para pendosa yang kufur.


يَا عِبَادِ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ وَلَا أَنتُمْ تَحْزَنُونَ ‎﴿٦٨﴾‏ الَّذِينَ آمَنُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا مُسْلِمِينَ ‎﴿٦٩﴾‏ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ ‎﴿٧٠﴾‏ يُطَافُ عَلَيْهِم بِصِحَافٍ مِّن ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ ۖ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ ۖ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ‎﴿٧١﴾‏ وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ‎﴿٧٢﴾‏ لَكُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ كَثِيرَةٌ مِّنْهَا تَأْكُلُونَ ‎﴿٧٣﴾

‎﴿الزخرف: ٦٨-٧٣﴾‏


"Hai hamba-hamba-Ku, tiada kekhawatiran terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati. (68) (Yaitu) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang-orang yang berserah diri. (69) Masuklah kamu ke dalam surga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan". (70) Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya". (71) Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan. (72) Di dalam surga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang sebahagiannya kamu makan. (73)


(Zukhruf: 68-73)


‏إِنَّ الْمُجْرِمِينَ فِي عَذَابِ جَهَنَّمَ خَالِدُونَ ‎﴿٧٤﴾‏ لَا يُفَتَّرُ عَنْهُمْ وَهُمْ فِيهِ مُبْلِسُونَ ‎﴿٧٥﴾‏ وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَٰكِن كَانُوا هُمُ الظَّالِمِينَ ‎﴿٧٦﴾‏ وَنَادَوْا يَا مَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ ۖ قَالَ إِنَّكُم مَّاكِثُونَ ‎﴿٧٧﴾‏

‎﴿الزخرف: ٧٤-٧٧﴾‏


Sesungguhnya orang-orang yang berdosa kekal di dalam azab neraka Jahannam. (74) Tidak diringankan azab itu dari mereka dan mereka di dalamnya berputus asa. (75) Dan tidaklah Kami menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. (76) Mereka berseru: "Hai Malik biarlah Tuhanmu membunuh kami saja". Dia menjawab: "Kamu akan tetap tinggal (di neraka ini)". (77)


(Zukhruf: 74-77)



Perkhabaran futuristik yang pasti benar. Namun tidak semudah dirasai oleh manusia. Yang salah bukannya ayat-ayat Allah ta’ala ini, namun keimanan yang tipis di jiwa manusia bila ianya dihijab oleh kecenderungan kepada kata-kata manusia, keinginan nafsu, kelekaan dunia dan hasutan tipu daya syaitan. 


لَقَدْ جِئْنَاكُم بِالْحَقِّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَكُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُونَ ‎﴿٧٨﴾‏ ‎﴿الزخرف: ٧٨﴾‏


Sesungguhnya Kami benar-benar telah memhawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan di antara kamu benci pada kebenaran itu. (78)


(Zukhruf: 78)


Justeru, usah biarkan iman hanya sedap di bibir, tapi hanya berada di tepian dan tidak mendasar ke lubuk jiwa.




 ⁃ malam di Bumi Wahyu.



https://t.me/JiwaTarbawi/1216

Jiwa Tarbawi, [Jul 3, 2023 at 18:13]

Nota Dari Tanah Haram


JIWA TARBAWI 851


Sayugianya, usahlah merasa sudah sempurna dan cukup banyak amal dirimu untuk bertemu Allah ta’ala.


Kerana, engkau tidak akan dapat tertanding walaupun hanya dengan seorang pembersih lantai Masjid Nabawi. 


Setiap waktu, solatnya berjamaah.


Bila berdoa, berhampiran Raudhah.


Bersih hati mereka dalam memberi khidmat.



Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ‎ﷺ  bersabda:


صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ


“Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali masjid al-Haram”.  [Riwayat Muslim (1394)]


Justeru, 



فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ‎﴿الكهف: ١١٠﴾‏


Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (110)


(Al Kahfi: 110)




 ⁃ Renungan di Masjid Nabawi


No comments:

Post a Comment

  West is ‘completely delusional’ over Ukraine and will pay dearly for this mistake, warns Orbán Ahmed Adel Ahmed Adel is a Cairo-based geop...