PINTU GERBANG MA'RIFAT*
"Apabila Allah SWT telah membukakan bagimu JALAN untuk MA'RIFAT, maka janganlah sesekali dihiraukan tentang AMALMU yang masih sedikit, kerana Allah SWT tidak akan sesekali membukakan 'JALAN LURUS' itu melainkan DIA BERKEHENDAK MEMPERKENALKAN DIRI-NYA kepada kamu..." - Syeh Haqtullah
Pengertiannya AMAL, QADA' dan QADAR, TAKDIR dan IKHTIAR, DOA dan JANJI Allah SWT...
Kesemuanya itu adalah untuk Mendidik Rohani agar lebih melihat Kedalam Diri betapa kecilnya apa-apa yang datang daripada seseorang Hamba dan sebaliknya betapa besarnya apa-apa yang Dikurniakan oleh Allah SWT.
Rohani Yang Telahpun Terdidik seperti ini akan membentukkan sikap Beramal tanpanya melihat kepada segala Amalan itu, tetapi sebaliknya akan melihat segala Amalan itu sebagai Kurniaan daripada Allah SWT yang Wajib Disyukuri.
Orang-orang yang telah Terdidik seperti ini tidak akan lagi membuat segala tuntutan kepada Allah SWT, tetapi sebaliknya mereka akan membuka Hati Nuraninya untuk menerima segala Taufik dan Hidayah daripada Allah SWT.
Orang-orang yang Berfikiran Jernih akan menuju kepada 'KESUCIAN HATI' dan akan mudah menerima Pancaran NUR SIRR'-NYA.
Mata Hatinya akan sentiasa melihat kepada Hakikat bahawa Allah SWT, Tuhan Yang MAHA MULIA, MAHA SUCI, MAHA BESAR dan MAHA TINGGI tidak akan mungkin Ditemui dan Dikenali KECUALI jikalau DIA sendiri yang Berkehendak Ditemui dan Dikenali.
Tidak sesekali akan adanya ILMU dan AMAL yang mampu MENYAMPAIKAN seseorang itu kepada Allah SWT !
ALLAH SWT HANYA AKAN DAPAT DIKENALI APABILA DIA YANG MEMPERKENALKAN ‘DIRI-NYA’...
Penemuan kepada Hakikat bahawa “Tidak ada Jalan yang terjulur kepada PINTU GERBANG MA'RIFAT” merupakan PUNCAK yang dapat dicapai oleh Ilmu.
Kerana “Pengertian” itu tidak ada didalam Ilmu apa-apapun, kerana Ilmu tidak akan mampu membuahkan Pengertian itu.
Apabila mengetahui dan mengakui bahawa “Tidak ada Jalan ataupun Tangga yang dapat Mencapai Allah SWT”.
Maka seseorang itu tidak lagi akan bersandar kepada ILMU dan AMALNYA, apa lagi kepada ILMU dan AMAL orang-orang lainnya.
Apabila sampai sahaja disini, seseorang itu tidak akan adanya pilihan lagi melainkan MENYERAHKAN Sepenuhnya Kepada Allah SWT.
Ada orang yang mengetuk PINTU GERBANG MA'RIFAT dengan DOANYA.
Jikalau Pintu itu tidak terbuka, maka semangatnya akan menurun. Sehinggalah akhirnya membawa kepada berputus asa.
Ada pula orang yang Berpegang dengan JANJI Allah SWT bahawa DIA akan Membukakan Jalan-Nya kepada Hamba-Nya yang Berjuang pada Jalan-Nya.
Maka akan semakin kuatlah dia Beramal agar dia lebih layak untuk menerima Kurniaan Allah SWT tersebut sebagaimana Janji-Nya.
Dia menggunakan segala Kekuatan Amalannya untuk mengetuk PINTU GERBANG MA'RIFAT.
Apabila Pintu tersebut tidak terbuka juga, maka dia akan merasa ragu-ragu dan mudah terkeliru.
Didalam Perjalanan mencari PINTU GERBANG MA'RIFAT, seseorang itu tidak akan terlepas daripada berkemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat, terkeliru, berputus asa, tersesat dan sebagainya.
Maka hal itu adalah menandakan dia masih lagi bersandar kepada sesuatu selain daripada Allah SWT. Sepertinya bersandarkan IMANNYA kepada ustaz atau sebagainya.
Hamba tidak akan ada pilihan KECUALI Wajiblah BERSERAH kepada Allah SWT secara seluruhnya 100%.
Kerana hanya DIA sahajalah yang memiliki Kuasa Mutlak didalam menentukan siapakah diantara Hamba-Hamba yang layak MENGENALI DIRI-NYA.
ILMU dan AMAL itu hanyalah digunakan untuk membentukkan Hati yang BERSERAH DIRI kepada Allah SWT !
MENYERAHKAN DIRI ataupun ASLIM kepada Allah SWT itulah yang dapat membawa kehadapan PINTU GERBANG MA'RIFAT-NYA.
Hanya Insan yang dapat 'SAMPAI' di PERHENTIAN ASLIM inilah yang berkemungkinan akan menerima Kurniaan-Nya yang berupa MA'RIFAT.
Allah SWT Menyampaikan Insan-Nya disini adalah tanda bahawa Insan tersebut dipersiapkan untuk Menemui-Nya.
ASLIM adalah Maqam Tertinggi untuk Menghampiri Allah SWT...
Seseorang yang telah 'SAMPAI' kepada Maqam ini Wajiblah terus membenamkan dirinya kedalam LAUTAN PENYERAHAN tanpa menghiraukan banyak ataupun sedikit ILMU dan AMAL yang dimilikinya.
Sekiranya Allah SWT Mengkehendaki, maka daripada Maqam inilah Insan itu akan diangkat ke Hadirat-Nya.
JALAN ASLIM menuju PINTU GERBANG MA'RIFAT pada umumnya terbahagi menjadi dua, yaitu :
1) JALAN ORANG-ORANG YANG MENCARI.
2) JALAN ORANG-ORANG YANG DICARI.
* GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MENCARI.
Bagi golongan ini akan melalui Jalan dimana mereka akan kuat melakukan MUJAHADAH (Perjuangan atau Usaha).
Dengan Berjuang melawan segala Godaan Hawa Nafsu, kuat melakukan Amal Ibadah dan gemar Menuntut Ilmu.
Dzahirnya sibuk melaksanakan pelbagainya tuntutan Syariat dan Batinnya pula memperteguhkan IMAN.
Dipelajarinyalah ILMU TASAWWUF, untuk mengenal segala sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskan daripada dirinya. Kemudiannya di isikan pula dengan segala sifat-sifat yang Terpuji.
Dipelajarinyalah Perjalanan Nafsu dan melatih dirinya agar semakin lepas daripada Nafsunya itu, agar menjadi bertambah Suci sehinggalah meningkat ke tahap yang di Redhai oleh Allah SWT.
Inilah orang-orang yang dimaksudkan Allah SWT didalam Firman-Nya :
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi Kehendak Agama Kami, sesungguhnya Kami akan Memimpin mereka ke Jalan-Jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta memperoleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki Amalannya.”
(QS. Al-‘Ankabut : 69 )
“Wahai manusia ! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan segala upayamu sehingga sampai (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, dan engkau akan tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatat semuanya).”
(QS. Al-Insyiqaq : 6)
Orang yang Ber-MUJAHADAH pada JALAN Allah SWT dengan cara Menuntut Ilmu, Mengamalkan Ilmu yang dituntut, memperbanyakkan Ibadat, Berdzikir dan Menyucikan Hati.
Maka Allah SWT akan menunjukkan JALAN LURUS dengan memberikannya Taufik dan Hidayah sehinggalah terbuka kepadanya suasana BERSERAH DIRI kepada Allah SWT tanpanya ragu-ragu dan Redha dengan segala Aturan atau Perlakuan Allah SWT.
Dia akan dibawa dekat dengan PINTU GERBANG MA'RIFAT dan hanya Allah SWT sahajalah yang akan menentukan apakah orang itu akan dibawa ke Hadirat-Nya ataupun tidak, Dikurniakannya MA'RIFAT ataupun tidak.
* GOLONGAN ORANG-ORANG YANG DICARI.
Golongan ini pula akan menempuh Jalan yang berbeza daripada GOLONGAN YANG MENCARI.
ORANG-ORANG YANG DICARI tidaklah cenderung untuk Menuntut Ilmu ataupun Beramal dengan tekun.
Dia akan hidup selayaknya orang-orang awam tanpanya kesungguhan didalam Ber-MUJAHADAH.
Tetapi, Allah SWT telah menentukan satu Kedudukan KEROHANIAN kepadanya, maka Takdir akan menyeretnya 'SAMPAI' ke Kedudukan yang telahpun ditentukan itu.
Orang-orang yang berada didalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu Peristiwa yang dengan serta-merta akan membawakan perubahan kepada hidupnya.
Perubahan sikap dan kelakuan akan berlaku dengan secara mendadak...
Kejadian yang menimpanya selalu berbentuk Ujian yang memutuskan hubungannya dengan segala sesuatu yang menjadi penghalang diantaranya dengan Allah SWT.
Semisalnya, dia adalah seorang raja yang beban kerajaannya itu menyebabkan dia tidak mampu Menghampiri Allah SWT, maka Allah SWT akan mencabut kerajaan itu daripadanya.
Maka akan terlepaslah dia daripada beban tersebut dan disaat itulah juga timbulnya satu Keinsafan didalam Hatinya, yang akan membuatkannya MENYERAHKAN DIRI kepada Allah SWT dengan sepenuh Hatinya.
Sekiranya dia adalah seorang hartawan, maka Takdir akan memutuskan hartanya sehinggalah dia tidak ada lagi tempat bergantung kecuali kepada Allah SWT sendiri.
Sekiranya dia berkedudukan tinggi, maka Takdir akan mencabut kedudukannya tersebut dan ikut tercabut kemuliaan yang dimilikinya dan digantikan pula dengan segala kehinaan.
Sehinggalah dia tidak ada lagi tempat untuk ditujui kecuali kepada Allah SWT semata-mata.
Orang-orang didalam golongan ini akan dihalangi oleh Takdir daripada menerima segala bantuan daripada makhluk. Sehinggalah mereka akan berputus asa terhadap makhluk.
Lalu mereka akan kembali dengan penuh Kerendahan Hatinya kepada Allah SWT dan timbullah didalam Hatinya suasana PENYERAHAN ataupun ASLIM yang sebenar-benarnya terhadap Allah SWT.
PENYERAHAN yang sesekali tidak mengharapkan apa-apapun daripada makhluk yang menjadikan mereka Redha dengan apa sahaja Takdir dan Perlakuan daripada Allah SWT.
Suasana seperti ini akan membuatkan mereka 'SAMPAI' dengan cepat ke PERHENTIAN PINTU GERBANG MA'RIFAT walaupun ILMU dan AMAL mereka masih sedikit.
Orang-orang yang Berjalan dengan keadaan bala bencana dan tetap didalam Istiqomah (Redha didalam Perlakuan daripada Allah SWT) akan lebih cepat 'SAMPAI' ke PINTU GERBANG Ke-MA’RIFAT-AN.
Abu Hurairah RA menceritakan, yang beliau mendengar Nabi SAW bersabda yang maksudnya :
“Allah SWT berfirman : ‘Apabila Aku Menguji Hamba-Ku yang Beriman kemudian dia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya maka Aku lepaskan dia dari Belenggu-Ku dan Aku gantikan baginya Daging dan Darah yang lebih baik dari yang dahulu dan dia boleh memperbaharui Amalnya sebab yang lalu telah Diampuni semua.”
AMAL KEBAIKAN dan ILMUNYA tidak akan sesekali mampu membawanya kepada Kedudukan KEROHANIAN yang telahpun ditentukan oleh Allah SWT.
Lalu Allah SWT dengan Rahmat-Nya mengenakan Ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada Kedudukan Berhampiran dengan Allah SWT.
Jadi ternyatalah bahawa, bukanlah sekadar “ILMU-ILMUAN dan ataupun berharap daripada AMAL-AMALAN”.
Tetapi sesungguhnya memang Hakikatnya seperti pada penghuraian pengertian diatas.
Jikalau boleh saya meringkaskannya bahawa, JALAN TERTINGGI didalam Maqam Ber-MA’RIFATULLAH itu adalah :
"BERSABAR DIDALAM PERJUANGAN DENGAN SEGALA UJIAN-UJIAN (PERLAKUAN-NYA)...”
Yang disebutkannya REDHA...
Untuk memahami makna daripada tulisan ini, maka hendaklah membacanya “Lepas” daripada segala Nafsu dan daripada segala ke-ILMU-an yang ada pada diri.
Wajiblah dengan berhati-hati dan setenang-tenangnya didalam RASA CINTA kepada Allah SWT...
Didalam Hadits Imam Al-Bukhari, Nabi Khidir AS berkata kepada Nabi Musa AS :
“Sesungguhnya aku berada diatas sebuah Ilmu dari Ilmu Allah yang telah Dia ajarkan kepadaku yang engkau tidak mengetahuinya. Dan engkau (Juga) berada diatas Ilmu dari Ilmu Allah yang Dia ajarkan kepadamu yang aku tidak mengetahuinya juga.”
No comments:
Post a Comment