10 Petua Mudah Kurangkan Haba Panas Di Dalam Rumah
Ramai pm tanya.
Petua semula jadi kurangkan bahang panas dalam rumah.
Amaran langkah berjaga jaga akibat suhu naik pun dah dikeluarkan
Lebih lebih di rumah yang tak ada air conditioner.
Kalau waktu malam.
Memang meruap panas sampai tidur pun terganggu.
Ini 10 petua yang boleh dibuat untuk sejukkan ruang rumah:
.
.
AIS BATU
Letak ais dalam besen. Kemudian, halakan kipas ke arah ais.
Angin sejuk akan terkumpul.
BUKA TINGKAP
Buka tingkap sekejap pada waktu malam.
Bagi angin luar lebih sejuk masuk dalam rumah.
BUAT PEMBERSIHAN
Pastikan kipas dan air conditioner diservis. Cuci habuk yang melekat.
LAMPU LED
Lampu LED keluarkan kurang haba, lebih terang & lebih jimat.
Berbanding lampu pendafluor.
TUTUP SUIS
Tutup suis elektrik yang tak guna.
Ramai tak tahu suis ON walau tak guna keluarkan haba elektrik.
BACA ARTIKEL SETERUSNYA:
8 TIPS SEJUKKAN BADAN KETIKA CUACA PANAS
TETAPKAN SUHU
Cara jimatkan penggunaan air conditioner & kekal sejuk.
Ialah tetapkan suhu antara 22°C-24°C.
JIRUS AIR DI LANTAI
Jirus air di permukaan lantai pekarangan rumah sebelum gelap.
TUTUP TINGKAP
Ketika waktu tengah hari.
Pastikan tak buka terlalu banyak pintu/tingkap. Tutup langsir.
TUKAR ARAH KIPAS
Kalau di rumah ada kipas siling dengan fungsi penukar arah.
Tukar arah kipas lawan jam.
SEBALDI AIR
Sediakan sebaldi air di setiap ruang rumah. Bilik akan terasa sejuk dan lembap.
BACA ARTIKEL SETERUSNYA:
‘RAHSIA’ KULIT BERSIH AWET MUDA ALA SELEBRITI K-POP!
#DrRizal #Neuroversiti #sejukkanrumah
No comments:
Post a Comment