FIRMAN ALLAH SWT
" Engkaukah Yang lebih baik atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan Azab hari Akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya."
" Katakanlah lagi kepadanya. Adakah sama orang-orang Yang Mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak Mengetahui."
" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal Sempurna."
( QS. Az-Zumar 39{9} )
MENURUT AHLI TASAWUF...
BERILMU yang dimaksudkan di sini ialah Ilmu Makrifatullah..
Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi Manusia..
Mengenal Allah secara Ilmu Zahiri adalah sebagai Pengenalan Awal kepada Dirinya sedangkan....
Pengenalan Melalui Cahaya Hati adalah Pengenalan Yang Hakiki..
Hati Yang Bersih akan Tersingkap baginya Pelbagai Rahsia Ketuhanan..
Semakin ia Bersih, Semakin memancarlah Makrifat pada Hatinya..
Hati Yang Memancar ini adalah ...
" Hati yang melalui proses Ilmu, Ibadah dan Mujahadah yang Istiqamah."
" Mereka yang tersingkap kepadanya Rahsia Ihsan sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya."
" Imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan Wujud Allah."
"Ini kerana Hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada."
FIRMAN ALLAH SWT
"Dan Allah jualah Yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri ke kiblat untuk mengadap Allah maka di situlah arah Yang diredhai Allah; Sesungguhnya Allah Maha Luas rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya. lagi sentiasa mengetahui."
( QS. Al Baqarah. Ayat :115 )
Hati yang bersih dari segala hijab ke-Dunia-an dan Nafsu akan melihat dan merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan Hakikat..
Inilah Kasyaf yang Hakiki di mana Hatinya dapat menangkap Rahsia ayat-ayat Allah dengan penglihatan yang Haq..
FIRMAN ALLAH SWT
" Sesungguhnya tidaklah menyentuh ( Al-Quran ) itu melainkan mereka yang Suci."
( QS. Al-Waqi’ah Ayat : 79 )
AYAT INI DITAFSIR OLEH ULAMA TASAWUF dengan maksud bahawa...
• Ayat-ayat Allah tidak akan berada dalam jiwa yang kotor..
• Bacaan mereka hanyalah di lidah, bukannya di Hati..
• Ilmu mereka hanyalah di akal tapi tidak di Hati..
FIRMAN ALLAH SWT
" Dia lah Yang telah menciptakan langit dan Bumi Dalam Enam masa, kemudian ia berSemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan."
( QS. Al-Hadid : 57{4} )
Kalau Hati kamu keras dan tidak merasa apa-apa,
ayat di atas hanyalah sekadar suatu maklumat pada akalmu sahaja..
Dan apabila hal ke-Tuhan-an berada pada akal, ia akan hilang apabila kamu berfikir pada perkara yang lain pula..
Tetapi jika hatimu bersih,
ayat ini dapat dirasai dan dilihat dengan pandangan Cahaya Hati sehingga merasai kebersamaan dengan Allah di mana saja berada..
Mereka yang mengingati Allah dalam Penghayatan Dan Penglihatan
akan
Merasai Kelazatan Iman Dan Makrifat yang tidak terhingga..
Allah adalah kekasihnya dan ia meninggalkan apa jua yang boleh melalaikan ia dengan Allah..
Allah adalah yang dirindui dan ia menjadi perindu,
Allah menjadi Pujaan dan ia sebagai pemuja..
Sesiapa yang Mengenal Allah
ia akan Mencintai Allah dan leburlah segala keindahan yang lain..
Sesiapa yang Mengenal Allah
tiadalah ia resah gelisah dengan apa jua yang menimpanya..
MEMANCAR PADA HATINYA SIFAT kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan dan ia mendapat perlindungan dari Allah Swt..
Ini disebabkan HATINYA SENTIASA BERCAHAYA dengan ZIKRULLAH..
No comments:
Post a Comment